ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lancar Persona dan Saga baharu di Brunei

Views

Proton melalui pengedar utamanya di Brunei, PAD Motors Sdn Bhd (“PAD”), memperkenalkan Persona 1.6L serba baharu dan Saga 1.3L generasi ketiga pada 27 Januari 2017 di pusat beli belah Times Square. Pelancaran telah disempurnakan oleh Puan Rafedah binti Abdul Aziz, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei Darussalam. PAD juga telah membuka bilik pameran baharu di Bandar Seri Begawan yang terletak di Unit 1-4, Kompleks Beribi, Spg. 607-17, Jalan Gadong BE1118, Brunei Darussalam.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Encik Mohd Khalid Yusof, Pengarah Transformasi dan Ketua Jualan Antarabangsa, Proton, Dr. Haji Supry bin Haji Ladi, Pengarah Pengangkutan Darat Brunei, Encik Hambali Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato’ Seri Paduka Hj Mohd Salleh dan Encik Tan Kah Boon, Pengarah PAD, dan Cik Gina Tan Koh Poi, Pengurus Besar PAD.

Brunei merupakan negara pertama di luar Malaysia untuk merasai nilai hebat yang ada pada model Persona dan Saga baharu. Sebelum ini, Proton memperkenalkan Iriz untuk pasaran Brunei pada 1 Oktober 2016. Menurut Dato’ Fuaad, Persona dan Saga telah menarik minat para pengguna di Brunei. Kedua-duanya direka dengan baik dan dilengkapi ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif serta diberi penarafan 5-bintang bagi Persona dan 4-bintang untuk Saga oleh ASEAN NCAP.

Di Brunei, Persona serba baharu boleh didapati dalam varian 1.6L Executive CVT manakala Saga baharu pula didatangkan dalam 2 varian, 1.3L – Executive CVT dan Premium CVT. Kedua-dua varian boleh didapati dalam enam pilihan warna yang menarik. Persona serba baharu dan Saga baharu ini telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan daripada industri. Pelanggan di Brunei kini boleh memandu uji dan menempah kereta keluaran Proton melalui pengedar tunggalnya, PAD Motors Sdn Bhd.

KLIK UNTUK BESARKAN

Photo 1(1) Photo 2(2) Photo 3(1) Photo 4(1)

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments

Leave a Reply