Modenas sudah memulakan sesi usik-mengusik di laman sosial melalui Twitter rasmi mereka, foto lampu hadapan yang dikatakan sebuah moped yang mungkin menggunakan penjana kuasa berkapasiti 150cc. Jika benar, ia merupakan inisiatif terpuji dari pengeluar motosikal nasional tersebut untuk mengekang dominasi Y15ZR dan RS150R dalam segmen tersebut. Berita mengenai moped 150cc Modenas sudah lama kedengaran, namun baru baru ini ia dikhabarkan tidak menjadi kenyataan.
Dengan usikan terbaharu ini, desas-desusn mengenai moped 150cc Modenas mula hangat kembali dan risikan dari sumber industri mengatakan harga bagi moped 150cc Modenas bakal berada sekitar RM7-8k sahaja. Spesifikasi dan varian moped 150cc Modenas juga tidak diketahui buat masa ini dan kami akan mencuba untuk merisik sedikit info mengenainya. Pandai berahsia Modenas sekarang ye, dalam diam diam nak keluar model baharu, nantikan!
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI