ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pandu uji dan beli kereta baharu di pameran “Carlist.my Drive, Test & Buy”

Views

Laman web kereta no.1 di Malaysia, Carlist.my dengan kerjasama Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dan Caltex bakal mengadakan pameran automotif terbaru “Carlist.my MAA Drive, Test & Buy Event 2017” yang akan berlangsung pada 13 hingga 14 Mei 2017. Pameran yang julung kali diadakan ini akan menghimpunkan pelbagai jenama kereta automotif seperti Toyota, Mazda, Isuzu, Subaru, Volkswagen, Ford dan banyak lagi mempamerkan model kenderaan terkini dengan pelbagai tawaran eksklusif dan terbaik yang hanya ditawarkan di pameran tersebut.

Di pameran tersebut, pengunjung berpeluang untuk melihat pelbagai model kereta dipamerkan serta memandu uji di kawasan litar yang disediakan untuk merasai sendiri pengalaman unik memandu kereta idaman mereka. Selain itu, Public Bank akan turut berada di lokasi pameran untuk membantu para pelanggan menguruskan pembiayaan untuk kenderaan baru mereka.

Pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga turut diadakan seperti simulator VR dan F1, kereta lumba kawalan jauh, zon permainan-kembung, serta ruang santai wanita untuk khidmat menghias kuku boleh didapati di pameran ini. Trak-trak makanan yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman turut memanti para pengunjung untuk menjamu selera. Tarikh, masa dan lokasi pameran adalah seperti berikut:

Acara: Carlist.my Drive, Test & Buy Exhibition
Tarikh: 13 – 14 Mei 2017
Masa: 10 am – 10 pm (Panggilan terakhir untuk pandu uji adalah pada 7 pm)
Lokasi: Setia City Convention Centre, No 1. Jalan Setia Dagang AGU13/AG, Setia Alam Seksyen U13, 40170 Shah Alam

Pada masa yang sama, Carlist.my akan turut mengadakan “Cabaran Grand Prix” di mana mereka akan menghadiahkan petrol bernilai RM 30,000, sumbangan daripada Caltex sebagai rakan rasmi untuk Petrol bagi pameran ini. Paling menarik, seorang pemenang bertuah yang membeli kereta baru dari sekarang hingga 30 Jun 2017 dengan menggunakan laman web Carlist.my bakal memenangi salah satu daripada tiga kereta “muscle car” bernilai RM450,000. Salah satu daripada kereta tersebut iaitu Ford Mustang 5.0 2012, akan dipamerkan di acara tersebut.

Carlist.my adalah laman web kereta no. 1 di Malaysia untuk kenderaan automotif baru dan terpakai. Dengan lebih 160,000 buah kenderaan untuk dijual, Carlist.my adalah pusat sehenti untuk bakal pembeli kereta. Seiring dengan pameran ini, Carlist.my telah melancarkan halaman khusus untuk Kereta Baharu di platform dalam talian mereka yang memaparkan pelbagai tawaran menarik untuk kereta-kereta baru yang ditawarkan oleh para penjual di seluruh negara. Aplikasi Carlist.my juga boleh dimuat turun  untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membandingkan tawaran-tawaran terkini dari seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai pameran ini layari https://www.carlist.my/

KLIK UNTUK BESARKAN

Carlist-Drive-Event-Logo IMG_3568 IMG_3640 IMG_3653

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply