ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ahli perniagaan muncul pemenang utama peraduan ‘Merdeka Autofair 2017 Spend and Win’

Views

Kumpulan Syarikat Naza semalam telah mengumumkan seorang ahli perniagaan, Mustafa Kamil bin Mohamed sebagai pemenang utama peraduan ‘Merdeka Autofair 2017 Spend and Win’. Beliau yang berasal dari Kuala Lumpur telah berjaya membawa pulang sebuah Chevrolet Colorado sempena memperingati Ulangtahun ke-42 Kumpulan Naza bersama sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-60 tahun.

Acara tersebut telah berlangsung pada 10 hingga 13 Ogos 2017 telah berjaya menarik kehadiran lebih 3,000 pengunjung. Sepuluh jenama di Kumpulan Syarikat Naza mengambil bahagian dalam acara tersebut. Pengunjung yang membeli mana-mana kenderaan dari 10 hingga 31 Ogos 2017 berpeluang untuk memenangi sebuah trak pikap Chevrolet Colorado. Setiap kenderaan yang dibeli layak untuk menghantar satu borang penyertaan.

Mustafa layak mengambil bahagian dalam peraduan tersebut setelah membeli sebuah Toyota Velfire 2.5 semasa kunjungannya ke acara tahunan Merdeka Autofair. Dari lebih 600 penyertaan yang mengambil bahagian, beliau telah terpilih sebagai pemenang. Beliau yang terkejut setelah diumumkan sebagai pemenang utama, mengucapkan terima kasih kepada Naza yang telah menganjurkan acara tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply