ARKIB

KATEGORI

Buletin

GIVI Explorer medan menguji ketahanan produk

Views

Pengeluar aksesori motorsikal terkemuka dunia, GIVI dari Itali telah membuktikan produk mereka tahan lama dan berkualiti tinggi. Pada setiap akhir tahun GIVI mengambil inisiatif yang digelar ‘GIVI Explorer Tour’ yang menjadi medan di mana produk-produk terbaharu dan akan datang dari GIVI yang diujicuba didalam kondisi ekstrem dan cuaca yang pelbagai. Pada November lalu, ‘GIVI – Explorer The Golden Triangle Adventure’ telah merentasi tiga buah negara di Indochina iaitu Thailand, Kambodia dan Vietnam.

Kembara ini melibatkan 25 orang peserta dari seluruh dunia iaitu China, Australia, Indonesia, Singapura, Thailand, Korea Selatan, Taiwan, Amerika Syarikat, Columbia, Bolivia, Sepanyol, Itali, Vietnam dan Malaysia. Motosikal yang digunakan terdiri daripada pelbagai model dan jenama bagi mempamerkan kepelbagaian dan kesesuaian produk GIVI. Antara model motosikal tersebut termasuklah Honda Africa Twin, Kawasaki Versys, Suzuki V-Strom, BMW GS, Yamaha Tenere, Honda X-ADV dan Triumph Tiger.

Menurut Joseph Perucca, Pengarah Operasi Antarabangsa GIVI yang turut serta dalam ekspedisi ini sebagai Ketua Delegasi, GIVI Explorer merupakan medan terbaik untuk mengguna dan menguji produk-produk terbaru keluarannya. Dengan ujian yang ekstrem sepanjang 10 hari perjalanan, banyak data dan informasi dapat kumpulkan untuk disampaikan kepada Jabatan Penyelidikan & Pembangunan. Sekaligus, dapat melakukan penambahbaikan sebelum produk akhir dikeluarkan untuk jualan kepada pengguna.

Selain itu, tujuan kembara ini juga adalah untuk melakukan kerja amal iaitu ‘Riding for Reading’ dimana GIVI memberi sumbangan seperti makanan, susu dan wang tunai untuk kanak-kanak yang kurang berkemampuan dari Ho Chin Minh City, Vietnam. Acara ini turut disertai oleh Hendrika Visenzi, Timbalan Presiden GIVI yang turut menyampaikan sumbangan barangan kepada kanak-kanak berkenaan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.giviexplorer.com

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply