ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aktif pecah rumah dan curi kenderaan, empat ‘Mat Gian’ dicekup

Berita Tempatan

Views

Polis berjaya menangkap sekumpulan penagih dadah yang aktif melakukan jenayah pecah rumah dan curi kenderaan di Miri.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata kesemua suspek dicekup oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di tepi jalan hadapan sebuah rumah tidak bernombor Pujut 8, di sini kira-kira pukul 3 petang, 26 Disember lalu.

Katanya hasil soal siasat awal ke atas kesemua lelaki tempatan berumur dalam lingkungan 22 sehingga 50 tahun itu membawa kepada penemuan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva dalam keadaan beberapa komponen telah dileraikan yang disembunyikan dalam kawasan semak di tepi Jalan Permyjaya By Pass, iaitu disyaki kenderaan curi.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Modus operandi kumpulan ini adalah mensasarkan rumah yang tiada penghuni dengan memecah masuk ke rumah dan mencuri kenderaan.

Apabila sesuatu sasaran dikenal pasti, kumpulan ini akan memecah masuk dengan menggunakan pelbagai cara antaranya dengan mengumpil pintu rumah.

Setelah berjaya memecah masuk rumah, kumpulan ini menyasarkan barang-barang berharga dan melarikan kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Beliau berkata hasil saringan ujian air kencing ke atas kesemua suspek mendapati positif dadah jenis methamphetamine dan semakan rekod lampau mendapati kesemua mereka mempunyai pelbagai kesalahan jenayah termasuk penyalahgunaan dadah.

Justeru, Alexson berkata dengan tertumpasnya kumpulan berkenaan, pihaknya telah menyelesaikan beberapa kes pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar daerah ini yang melibatkan nilai keseluruhan kerugian dianggarkan RM18,000.

Beliau berkata kesemua suspek telah direman selama empat hari bermula 27 Disember lalu. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply