ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bermaz Auto Bhd bakal lancar beberapa model baharu tahun 2024, Mazda CX-5 facelift tiba awal tahun

Berita Tempatan

Views

Portal TheEdge Malaysia melaporkan, Bermaz Auto Bhd bakal melancarkan beberapa model baharu pada tahun hadapan.

Menurut MIDF Research, kumpulan tersebut mencatatkan peningkatkan pendapatan sebanyak 36 peratus (tahun ke tahun) yang didorong oleh peningkatan 31 peratus jumlah jualan sebanyak 6,184 unit, diterajui Mazda Malaysia dan juga Kia.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Jualan Mazda yang kukuh sebahagian besarnya disumbangkan oleh pengenalan model CX-30 pemasangan tempatan (CKD) yang dilancarkan Mac tahun ini.

Selain itu ia turut disumbangkan oleh pengeluaran yang tinggi model Mazda, Kia dan Chery. Kumpulan juga mencatatkan tempahan yang memberangsangkan yang kini mencecah 2,900 unit.

Beberapa model baharu dijangka dilancarkan pada tahun hadapan, antaranya Mazda CX-5 facelift dan CX-60. Bagi Kia pula, dua model iaitu Sportage CKD dan Carens dijangka diperkenalkan pada tahun 2024.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Secara keseluruhan, kumpulan tersebut menyasarkan Mazda sebanyak 18,000 unit, Kia sebanyak 2,500 unit, dan Peugeot pula sebanyak 1,000 unit.

Dalam perkembangan berasingan, kumpulan tersebut menjangkakan impak minima daripada kerugian pengedaran Peugeot kerana ia masih mengalami kerugian kerana jumlah sumbangan yang sangat kecil.

BAuto berkemungkinan kekal sebagai pengedarPeugeot menerusis 20 outlet Bermaz Anshin dan sebuah pusat 3S di Glenmarie.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Wayne Mazda

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply