ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

AkzoNobel warnai jentera lumba Formula 1 McLaren-Honda

Views

Tahukah anda, jentera lumba pasukan Formula 1 McLaren-Honda musim ini MCL32 yang berwarna Oren Tarocco adalah warna yang dibangunkan khas oleh AkzoNobel bersama McLaren-Honda. Dengan kepakaran tersebut, maka jentera MCL32 kembali kepada membangkitkan nostalgia pasukan pada zaman 1960an disamping membawa imej baharu.

Warna Oren Tarocco memberikan kontras kepada kemasan hitam kusam dan putih berkilat semasa jentera tersebut diperkenalkan secara rasmi semalam di Pusat Kepimpinan Pemikiran McLaren di Woking, UK. Kedua-dua syarikat telah bekerjasama rapat sejak 2008 semasa AkzoNobel dilantik menjadi pembekal cat rasmi kepada pasukan tersebut.

McLaren-Honda bakal menggunakan jenama premium Sikkens untuk jentera Formula 1 mereka untuk sepanjang musim 2017 season yang bakal membuka tirai di Melbourne, Australia pada 26 Mac. Jentera MCL32 bakal dipandu oleh pemandu berpengalaman Fernando Alonso dan rakan sepasukannya Stoffel Vandoorne.

KLIK UNTUK BESARKAN

1. The 2017 MCL32 in Tarocco Orange livery 2.The 2017 MCL32 in Tarocco Orange livery

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply