ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

INFO : Kenali bateri kereta anda

Views

Artikel oleh Wan Amir

Bateri kereta di pasaran ada bermacam-macam jenis dan jenama. Bila kita nak tukar bateri baru, kita nak tahu apa jenis yang paling sesuai dengan kereta kita. Dalam pemilihan bateri kereta antara faktor utama ialah, saiz bateri, jenis terminal dan Amp Hour yang sesuai. Salah pilih nanti tak boleh nak pasang pada kereta, tak muat dengan dulang bateri, dan bateri melebihi kapasiti keperluan kereta kita. Tak salah terlebih Amp Hour (Ah) tetapi jika kapasiti besar selalunya baterinya lebih besar dan berat.

Secara am bateri kereta kita kelaskan kepada dua kelas utama iaitu:
1. Bebas Penyelenggaraan (Maintenance Free (MF) / Sealed Maintenance Free (SMF))
2. Perlu Penyelenggaraan (Non Maintenance Free (NMF))

Bateri kereta pula dikodkan dalam pelbagai pengenalan utama antaranya Japan Industrial Standard (JIS), Deutsches Institut für Normung (DIN) dan kod lama JIS (tidak digunakan lagi).

Contoh kod lama JIS :
NS40ZL, NS60, NS70

Contoh kod baharu JIS:
46B24R, 46B24R(S), 55D23L, 65D26R

Contoh kod DIN:
535 11, 545 24, 560 12, DIN 55

automotive_battery_PNG12097

Kadang kadang kita tengok ada kereta guna bateri yang berbeza kod, dan kita mula bertanya adakah kapasiti bateri tersebut berbeza dan kita juga bertanya bolehkan kita menggunakan bateri yang berbeza kod?

Sebelum itu, baik kita belajar untuk membaca kod JIS (baharu). Sebagai contoh : 55D23L

55 = Kapasiti Bateri dalam unit Amp Hours (lagi besar Ah lagi kuat)
D = Terminal Bateri Standard, jika B ia untuk Terminal kecil.
23 = Panjang Bateri
L = Polariti terminal negatif (-ve) pandangan daripada pemandu terletak sebelah kiri.

sekiranya ada S dihujung kod bermakna, terminal adalah standard walaupun kod B ada di tengah-tengah seperti contoh di bawah:
” 46B24RS “

Ns40z-Mf-38b20L-Mf-12V-36ah-JIS-Car-Battery

Antara kod DIN, JIS (baharu) dan JIS (lama) adalah mewakili kapasiti bateri yang sama, cuma pengenalan yang berbeza. Selalunya kedai penjual ada rujukan silang untuk kelas bateri (Cross Reference Battery Class). Secara amnya rujukan silang saya kongsikan di sini:

46B24RS = NS 60S = 545 51
32B20L = NS40ZL= 535 11
DIN 55R. = 55D23R

Mustahil kita mampu nak hafal semua kod tapi mencukupi untuk memahami maksud kod standard JIS (baharu) seperti di atas. Harap pengkongsian kali ini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua.

Info penulis – Wan Amir merupakan sorang yang terlibat dalam industri automotif dan pernah berkhidmat dengan vendor PHN Industry Sdn Bhd yang membekalkan komponen ke beberapa pengeluar kenderaan di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

Print automotive_battery_PNG12097 Ns40z-Mf-38b20L-Mf-12V-36ah-JIS-Car-Battery 20140513173241

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

7 Comments


  • Ape kesan kalau kita pakai battery yg lebih besar pada kereta kita? Contoh nya alza pakai ns40zl tp kita pasang ns60, ape kesan pada kereta selain dr x muat nk masuk.. dan ape pulak effect kalau kita pakai battery yg lebih kecil dr saiz asal? Contoh nya pajero pakai saiz ns60.. mase start ok xde mslah.. tq ya


    • Jika alternator kecil nak charge battery besar nnt alternator terpaksa bekerja kuat.
      Tapi Jika alternator amp besar nak charge battery kecil tak mengapa sbb ada current limiter.
      Jika silap tolong betulkan yer….


  • Salam sayank tnya apa effect jika kita pkai bateri yg cca nya rendah dri bteri standard yg kereta kita pkai contoh mcm saya proton standar cca 430 tp saya bli bateri amaron cca dia 295 ada spa2 blh jelaskn

Leave a Reply