ARKIB

KATEGORI

Buletin

ANIH Berhad dan Kumpulan AlloyMtd ceriakan pesakit sempena Tahun Baru Cina

Views

ANIH Berhad bersama Kumpulan AlloyMtd membawa keceriaan kepada kira-kira 100 pesakit di Hospital Bentong, Pahang menerusi satu Program Lawatan Amal bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang akan datang. Program ini bertujuan untuk mendekati dan menceriakan pesakit khususnya pesakit kaum Cina yang terpaksa berada di hospital pada musim perayaan ini.

Ia juga merupakan sebahagian daripada inisiatif tahunan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ANIH Berhad dan Kumpulan AlloyMtd. Menerusi program ini, ANIH Berhad dan Kumpulan AlloyMtd menyumbangkan ‘hamper’ dan angpau kepada semua pesakit di Hospital Bentong. Program Lawatan Amal ini turut disertai Ahli Parlimen Bentong merangkap Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Pada majlis yang sama, ANIH Berhad turut menghulurkan bantuan khas kepada 2 orang penduduk di Daerah Bentong, bilal Masjid Tanjung Sulaiman yang menerima bantuan kerusi roda elektrik baharu dan seorang menghidap Thalassemia yang menerima alat bantuan khas bagi rawatan Thalassemia. Sumbangan telah disampaikan oleh Datuk Seri Liow bagi pihak ANIH Berhad.

Bagi tahun 2017, Syarikat telah memperuntukkan sejumlah RM1.4 juta menerusi pelbagai program CSR dalam menghulurkan bantuan dan mendekati pelbagai rentas golongan masyarakat di negeri ini. Untuk tahun 2018, ANIH Berhad akan menyerahkan sumbangan berupa 14 buah kereta peronda polis baharu kepada Polis DiRaja Malaysia untuk kegunaan Peronda Lebuhraya yang terdiri daripada 4 buah Mitsubishi Outlander, 4 buah Mitsubishi ASX dan 6 buah Proton Preve Turbo dengan nilai pelaburan berjumlah RM1.43 juta.

Terdahulu, ANIH Berhad telah mengadakan satu Sesi Taklimat Aspek Keselamatan di Lebuhraya KLK & LPT 1 bersama Hospital Bentong bertujuan untuk menyelaraskan aspek keselamatan lebuh raya bersama kakitangan Hospital Bentong sempena musim perayaan ini. Sempena sambutan Tahun Baru Cina ini, syarikat akan menawarkan diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada pengguna lebuh raya berkuat kuasa pada 16 Februari, mulai jam 12.00 tengah malam hingga jam 11.59 malam hari yang sama.

Syarikat turut mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai rujukan pengguna untuk merancang perjalanan pulang ke pantai timur sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina. Beliau berkata, TTA ini disediakan untuk membantu menyuraikan trafik dan mengurangkan kenderaan bertembung pada sesuatu masa yang sama, khususnya pada waktu puncak di plaza tol, khususnya di Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Karak hingga menyebabkan kesesakan.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply