ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

INTIP : Geely SX11 tertitis – Adakah model ini bakal SUV kedua Proton?

Views

Semalam kami ada kongsikan foto-foto ini di laman Facebook, dan ia mendapat respon yang sangat positif. Model SUV kompak dengan namakod Geely SX11 telah tertiris di pautan laman web Kementerian Industri dan Teknologi Informasi Republik Rakyat China dengan beberapa info yang sangat menarik. Model ini berkongsi pelantar BMA (B-segment Modular Architecture) bersama Lynk & Co 01 dan Volvo XC40.

Info mengenai Geely SX11:

  • Nama produk – Kenderaan penumpang pelbagai guna.
  • Nama pengeluar – Zhejiang Pride Auto Manufacturing Co., Ltd.
  • Dimensi – Panjang: 4,330mm, Lebar: 1,800mm dan Tinggi: 1,609mm.
  • Berat penuh – 1,715kg.
  • Berat kerb – 1,340kg.
  • Jarak roda – 2,600mm.
  • Spesifikasi tayar – 215 / 60R17, 215 / 55R18.
  • Bilangan tempat duduk – 5.
  • Penggunaan bahan bakar yang diisytiharkan oleh pengeluar (L / 100km) – 6.2L / 100km.
  • Model enjin – JLH-3G15TD.
  • Sesaran – 1,477cc.
  • Kuasa enjin – 130kW.
  • Ciri-ciri menarik –  Bumbung suria (pilihan), kawalan perjalanan, sistem brek anti-kunci (ABS)

Model ini bakal berentap dengan Honda HR-V, Toyota C-HR, Mazda CX-3, Hyundai Kona dan beberapa model lagi apabila ia dilancarkan ke pasaran China tidak lama lagi. Secara jujur kami katakan, inilah model yang SUV yang paling tepat untuk dijadikan model SUV kedua Proton selepas Boyue.

Sekiranya Proton diberi keizinan dari Geely untuk membuat rombakan pada rekabentuk luaran dan dalaman dengan identiti Proton, ia pasti bakal menjadi model yang paling dinanti-nantikan. Jika Proton berjaya meletakkan tanda harga di bawah RM70K untuk model ini, kami rasa kilang baharu di Tanjung Malim akan meriah kembali!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply