ARKIB

KATEGORI

Buletin

Apa yang anda perlu tahu mengenai Hyundai Ioniq

Views

Baru baru ini Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan model pemasangan tempatan IONIQ Hybrid Electric Vehicle (HEV) dengan harga yang sangat memeranjatkan bermula dari RM99,888 (tanpa insurans dan cukai jalan). IONIQ ditawarkan dalam dua pilihan varian HEV dan HEV Plus, versi ‘Plus’ mempunyai lebih kelengkapan keselamatan.

Sempena pelancaran IONIQ, HSDM juga memperkenalkan Program Care Plus yang merangkumi lima aspek berikut:-

  • Waranti lima tahun atau 300,000km (yang mana terdahulu)
  • Lapan tahun waranti tanpa had perbatuan untuk bateri dan harga bateri di bawah RM10,000 selama lapan tahun jika ia perlu ditukar
  • Servis percuma selama tiga tahun atau 60,000km (yang mana terdahulu) termasuk alat ganti, upah dan minyak enjin
  • Insurans Guaranteed Auto Protection (GAP) Insurance selama tiga tahun – Pelanggan akan dibayar 100 peratus nilai kereta jika kereta mereka rosak teruk (total loss) akibat kemalangan dalam tempoh tiga tahun pemilikan
  • Kadar faedah serendah 2.28 peratus

Ciri ciri menarik IONIQ

  1. Rekabentuk aerodinamik IONIQ berjaya mencapai 0.24 Cd – yang terbaik dalam kelasnya.
  2. Tujuh warna ditawarkan Phantom Black, Polar White, Platinum Silver, Aurora Silver, Iron Grey, Marina Blue dan Phoenix Orange (Hanya untuk varian HEV Plus).
  3. Rim aloi dengan kemasan dua-tona bersaiz 15 atau 17 inci.
  4. Penggunaan aluminium di bahagian hud dan belakang berjaya mengurangkan berat sehingga 27 lbs berbanding dengan keluli biasa.
  5. Penutup skrin-kargo lebih ringan 25 peratus berbanding model Hyundai yang lain.
  6. Casisnya menampilkan penggunaan 53 peratus Keluli Berkekuatan Tinggi Termaju (Advanced High Strength Steel) menjadikan strukturnya lebih kukuh dan ringan.
  7. Dikuasakan oleh enjin Kappa 1.6 Atkinson GDI empat-silinder yang mampu menjana 105PS pada 5,700rpm dengan daya kilas maksimum 147Nm pada 4,000rpm.
  8. Ia digandingkan dengan transmisi klac-berkembar enam-kelajuan (6DCT) serta motor elektrik yang mampu menjana 32kW (43.5PS).
  9. Penggunaan Bateri Lithium-Ion polymer yang 23-25 peratus lebih cekap daripada bateri nickel-metal-hydride.
  10. Ciri ciri keselamatan tercanggih seperti Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSM), Sistem parkir hadapan dan belakang, tujuh beg udara dan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar adalah standard bagi semua varian.
  11. Varian HEV Plus ditambah lagi dengan beberapa ciri ciri canggih seperti Sistem Pengecasan Tanpa Wayar untuk telefon pintar, Pengesanan Titik Buta, Sistem Bantuan Kekal Lorong, Sistem Brek Kecemasan Automatik (AEB), Sistem Kawalan Pelayaran Pintar dan Sensor Hujan.
  12. Untuk mengurangkan penggunaan tenaga, kawalan iklim (climate control) IONIQ boleh diaktifkan dalam mod operasi cekap.
  13. Sistem infohiburan dan sambungannya dilengkapi dengan skrin beresolusi tinggi bersaiz 7-inci yang memaparkan pelbagai tolok (speedometer, ECO, takat caj, bahan api dan lain lain).

KLIK UNTUK BESARKAN

ioniq-automatic-emergency-braking-system ioniq-blind-spot-detection ioniq-cluster-meter ioniq-exterior-front 50110500_XL_Audi_Jamaica_VVK_A7_Sportback_033_1133_71_00deutsch_ Abstract empty light blue shining corridor interior with illumination, 3d render illustration FB Banner ioniq-interior ioniq-lane-departure ioniq-tablets-holders ioniq-wireless-charger Sonata Promo

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply