ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aplikasi mudah alih ‘Kia Service App’ diperkenalkan

Views

Ini berita baik untuk pemilik kenderaan Kia! Naza Kia Malaysia, telah melancarkan aplikasi mudah alih ‘Kia Service App’ khusus untuk menambahbaik mutu khidmat selepas jualan jenama tersebut. Aplikasi ini adalah percuma dan mesra-pengguna. Ia boleh dimuat turun di Google Play atau App Store. Setelah selesai memuat turun, anda mesti memilih ‘Malaysia’ sebagai negara dan akhir sekali perlu klik ‘Join Us’ dan mendaftar maklumat yang diperlukan.

Kia telah memperkenalkan aplikasi ini secara global dan ASEAN serta merupakan cara syarikat tersebut untuk sentiasa berhubung dengan pelanggannya sekaligus memenuhi segala kehendak dan keperluan mereka. Dengan sistem terbaharu ini, pemilik dapat mengakses jadual temujanji dan mendapatkan tawaran menarik serta maklumat servis terkini. Perkhidmatan ini disediakan untuk semua model Kia dan rangkaian Naza Kia Malaysia seluruh negara. Tunggu apa lagi, muat turun aplikasi ini dengan segera!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Aplikasi mudah alih seperti ini semakin meluas diperkenalkan oleh pengedar-pengedar kenderaan.. Menambah baik khidmat mutu selepas jualan..

Leave a Reply