ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua bakal perkenal Axia facelift?

Views

Kami mendengar berita terkini dari Perodua mengenai model facelift Axia bakal diperkenalkan tidak lama lagi, namun buat masa ini tiada lagi maklumat rasmi mengenai tarikh pelancarannya. Adakah model facelift Axia ini bakal membawa sedikit rupa Bezza seperti foto manipulasi dari Theophilus Chin (gambar di atas). Selain itu kami juga diberitahu pengeluaran model Alza dijangka bakal dihentikan kerana model asalnya di Jepun, Daihatsu Boon Luminas/Toyota Passo Sette sudah pun dihentikan pengeluarannya. Dijangka model serba baharu bakal dibangunkan oleh prinsipal mereka di Jepun dan Perodua perlu menunggu model tersebut terlebih dahulu sebelum menggantikan Alza.

Perodua juga bakal mempunyai pusat Penyelidikan dan Pembangunannya (R&D) yang tersendiri yang bakal beroperasi pada tahun hadapan. Pengeluar tersebut juga dikatakan sedang mengurangkan bajet untuk membangunkan model baharu dan akan memberi tumpuan kepada model sedia ada. Dijangka pada suku keempat tahun hadapan model Myvi generasi ketiga (kodnama D20N) bakal diperkenalkan. Ketika ini pembangunan model tersebut telah pun bermula dan jika bernasib baik kita akan terjumpa dengan unit ujian model ini di jalan raya nanti, itupun kalau Perodua sudi nak mengujinya di luar premis mereka la kan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

10 Comments


  • Uik? Produa akan ketiadaan model MPV untuk jangkamasa yg agak lama? Hanya model baru myvi yg saya jangkakan dibangunkan sendiri oleh produa (seperti bezza) untuk dikeluarkan hujung tahun hadapan.


  • Terbaik Perodua, setelah 20 tahun ditubuhkan akhirnya bakal mempunyai pusat RnD nya sendiri tahun hadapan..

    Alzza dihentikan pengeluarannya tidak lama lagi, manakala Proton Ertiga diperkenalkan bulan hadapan, peluang yang patut diambil untuk tingkatkan jualan besar-besaran, beri promosi yang menarik dan terbaik.. Tingkatkan khidmat mutu selepas jualan..

    Axia facelift rupa Bezza, manakala Bezza facelift rupa Axia.. Menarik..!

Leave a Reply