ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Volkswagen Jetta baharu dibuka, harga bermula dari RM110,000

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) bakal melancarkan Jetta baharu pada 26 September 2016 dan tempahannya kini dibuka. Ia bakal ditawarkan dalam tiga pilihan varian – Trendline, Comfortline dan Highline. Jetta baharu dikatakan sebagai kenderaan paling berkuasa dalam segmennya kerana ia dilengkapi enjin 1.4L TSI baharu dengan pengecas turbo yang dipadankan dengan transmisi direct shift (DSG) tujuh kelajuan baharu. Enjin baharu ini mampu menjana kuasa yang mengagumkan mencecah 150PS dan tork 250Nm di antara 1,500 hingga 3,500rpm.

Walaupun dikatakan paling berkuasa, namun Jetta baharu tetap diiktiraf secara rasmi sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) kerana kuasa dan penjimatan bahan api yang luar biasa, terima kasih kepada fungsi mula/henti serta brek janaan semula. Dari segi keselamatan pula, Jetta baharu dilengkapi dengan enam beg udara, Electronic Stability Control (ESC), Intelligent Crash Response System (ICRS) dan Hill-hold Control.

Harga anggaran jualan model ini bermula dari RM110,000 hingga RM130,000 dengan pilihan empat warna – putih (Candy White), kelabu (Platinum Grey), perak (Reflex Silver) dan hitam (Deep Black). Tempahan boleh dibuat mulai semalam atau ketika Minggu Pra-Tempahan Jetta pada 24 dan 25 September di pengedar-pengedar sah Volkswagen seluruh negara (waktu operasi dilanjutkan). Nnatikan kemunculannya!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


  • Volkswagen? Aduh..

    Senarai kereta jangan beli di Malaysia
    1. Volkswagen (masalah gear DSG)
    2. Chevrolet (minyak makan kuat)
    3. Ford (masalah enjin turbo)
    4. KIA (enjin lembab)
    5. Hyundai (alat ganti mahal, makan minyak kuat)
    6. Proton (enjin campro & CVT bising Punch)


  • Jetta pesaing kepada kereta C-segmen yang lain dikatakan menggunakan enjin 1.4L TSI baharu dengan pengecas turbo paling berkuasa.. Harganya juga hampir sama dengan kereta import dalam segmen-C..

Leave a Reply