ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Aplikasi mudah alih Toyota Drive diperkenalkan

Views

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), memperkenalkan aplikasi mudah alih terbaharu untuk telefon pintar yang membolehkan pelanggannya membuat temu janji servis, bantuan kerosakan, pakej servis, mencari lokasi pengedar Toyota yang berhampiran dan mendapat maklumat mengenai tawaran terkini.

Aplikasi ini boleh dimuat turun dari Google Play Store (bagi pengguna sistem Android) dan Apple’s App Store (untuk pengguna iPhone dan peranti yang menggunakan sistem iOS). Ia adalah percuma.

Antara ciri utama yang boleh diakses melalui aplikasi Toyota Drive ialah:

1. Temu janji Servis – Pemilik boleh membuat tempahan temu janji servis untuk kenderaan Toyota mereka di mana mana pusat servis bertauliah Toyota pada bila bila masa.
2. Bantuan Kerosakan 24 Jam – Pemilik boleh menghubungi Bantuan Kerosakan 24 Jam dengan hanya satu klik jika ingin meminta bantuan (rosak atau kemalangan).
3. Pakej Servis – Informasi pelbagai pakej servis yang ditawarkan untuk semua model.
4. Pencarian Pengedar – Pelanggan boleh mencari pengedar bertauliah Toyota yang berhampiran (jualan, servis dan Cat dan Badan) di Malaysia.
5. Kenderaan terpakai untuk dijual – Untuk mereka yang mencari kenderaan terpakai Toyota yang berkualiti, mereka boleh mereka boleh menyemak harga dan model yang terdapat di enam lokasi TopMark di Semenanjung Malaysia.

Sebagai tambahan, pemilik yang berdaftar dengan Toyota Drive boleh juga mengakses sejarah servis kenderaan mereka, mendapatkan tips untuk penjagaan kenderaan Toyota, dan mengunjungi saluran laman sosial Toyota. Untuk maklumat lanjut mengenai produk Toyota dan servis di Malaysia, sila layari laman sesawang toyota.com.my atau menghubungi talian bebas tol TOYOTA: 1800-8-TOYOTA (869682).

KLIK UNTUK BESARKAN

8661_04_Toyota Mobile Apps_FA Toyota Drive Mobile Apps(1)

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply