ARKIB

KATEGORI

Buletin

Apple tak jadi bikin kereta sendiri?

Views

Projek kereta Apple atau lebih dikenali dengan Projek Titan bakal karam seperti kisah Titanic. Berita ini juga sudah pasti mengecewakan peminat tegar jenama Apple yang teruja dan menanti-nantikan kedatangan kereta keluaran jenama tersebut. Walaupun belum ada pengumuman rasmi dikeluarkan, Bloomberg melaporkan Apple telah mengubah fikiran dan akan lebih menumpukan kepada penyediaan teknologi autonomi (pandu sendiri).

Keputusan akhir untuk menamatkan projek kereta ini bakal dibuat sebelum akhir 2017, bermakna masih ada setahun lagi untuk Apple kembali mengubah fikiran untuk meneruskannya atau pun tidak. Jika pembatalan projek Titan ini menjadi kenyataan, dijangka 1,000 ahli pasukan pembangunan kereta tersebut dijangka akan meletak jawatan, diberhentikan atau diberi tugasan lain.

Sebelum ini media telah melaporkan ura ura Apple dan McLaren sedang berbincang untuk mengambil alih pengeluar supercar yang berpangkalan di UK itu. Namun kedua-dua pihak telah pun menafikannya dan enggan mengulas lanjut. Mungkin juga Apple berasa terancam kerana pesaingnya Google kini dalam usaha untuk membangunkan kereta pemanduan sendiri. Apa pun, kita tunggu sahaja lah apa keputusan yang bakal dibuat oleh Apple nanti. Jangan meletup macam Samsung Note 7 dah la nanti.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


  • Apple ada duit cash lagi banyak dari simpanan kerajaan kita sendiri. Kalau dia nak bazir 10 – 20% lepas tu tak jadi pun takde masalah bagi dia.

    Rasanya Apple akan masuk juga pasaran automotif sebagai pengeluar kereta bila kereta elektrik sudah jadi mainstream dan teknologi yang diperlukan sudah matang. Sama seperti Apple mula-mula masuk industri MP3 player dan smartphone dulu. Mereka bukan pelopor sebaliknya mereka lebih bersifat “we are going to make it better and fancier than the rest…”. Tesla mulakan kereta elektrik komersial, sama lebih kurang macam Nokia/Motorola mulakan industri telefon bimbit/pintar. Lepas itu mungkin Apple akan masuk dan set new standard dari segi design, UI untuk pengguna dan lebih penting, user experience.

    Itu kelebihan Apple dan mereka sangat hebat dengan itu.


  • Sayang sekali.. Teknologi kereta elektrik dan autonomous perlu dikembangkan dengan lebih meluas dalam masa terdekat.. Jika Apple tak jadi bikin kereta sendiri maka teknologi tersebut akan berkembang dengan lembab sedikit.. Mungkin memerlukan masa lebih 30 tahun dari sekarang


  • Dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Norway bakal mengharamkan penjualan kereta Petrol dan diesel bermula 2025, kemungkinan Apple akan mengubah fikiran dan akan meneruskan niatnya membina kereta sendiri..

Leave a Reply