ARKIB

KATEGORI

Buletin

Malaysia bakal gunakan Sistem ‘Penghadang Jalan Berpusing’

Views

The Sun Daily yang memetik laporan dari Bernama melaporkan, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof telah mengumumkan Malaysia bakal mengguna pakai sistem ‘Penghadang Jalan Berpusing’ di sepanjang lokasi yang sering terdedah kepada kemalangan. Teknologi tersebut yang dikenali sebagai ‘Sistem Pusing’, dikeluarkan oleh syarikat ETI dari Korea Selatan telah pun dipasang di jalan jalan tertentu sekitar Subang sebagai projek perintis selama dua tahun.

Kata Fadillah, “Kerajaan sentiasa melihat kepada teknologi terkini yang boleh memastikan keselamatan pengguna jalan raya, seperti yang digariskan dalam Plan Transformasi Industi Pembinaan,”. Dalam perkembangan yang lain, Kementerian juga telah mengarahkan jurutera untuk memantau keadaan jalan yang terjejas akibat fenomena air pasang besar.

Tambahnya lagi, “Mereka akan memantau dan memberikan bantuan dalam apa-apa cara selain daripada memberi amaran kepada pengguna jalan raya supaya menggunakan laluan alternatif,”. Beberapa negeri di Pantai Barat semenanjung Malaysia, kini diancam dengan fenomena air pasang besar yang bermula pada pagi Sabtu lalu. Dua pusat pemindahan banjir telah pun dibuka di Klang dan Sabak Bernam, Selangor untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply