ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isuzu bakal perkenal D-Max facelift tak lama lagi

Views

Saingan untuk trak pikap di Malaysia semakin rancak. Kami difahamkan, Isuzu Malaysia Sdn Bhd bakal memperkenalkan versi facelift trak pikap D-Max pada akhir bulan ini. Melalui foto dari projektor slaid yang diperolehi dari sumber yang boleh dipercayai, D-Max facelift akan tampil dengan lampu depan projektor yang dipadankan bersama lampu nyalaan siang LED (DRL), kamera undur, sensor undur serta ciri ciri keselamatan terkini seperti ABS, EBD, BA, TCS, ECS dan HSA.

Nampaknya Isuzu tidak berdiam diri setelah diasak hebat oleh pesaingnya seperti Ford Ranger, Toyota Hilux, Nissan Navara, Mitsubishi Triton dan yang terbaharu Chevrolet Colorado. Selamat berjuang kami ucapkan. Kami rasa Isuzu D-Max paling banyak varian edisi khas kerana hingga setakat ini dah ada tiga, Beast, Safari dan V-Cross. Nantikan kemunculan varian Z-Prestige pula nanti!

KLIK UNTUK BESARKAN

isuzu-d-max-z-prestige isuzu-d-max-z-prestige1 isuzu-d-max-z-prestige2

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply