ARKIB

KATEGORI

Buletin

Arona – SUV kompak terbaharu dari SEAT

Views
SEAT Arona. Do your thing. | SEAT

SEAT membuat kejutan dengan memperkenalkan SUV kompak terbaharu yang diberi nama Arona di Frankfurt Motor Show 2017. Arona boleh dikatakan ada bau-bau bacang dengan Volkswagen T-ROC kerana berkongsi pelantar modular yang sama. Rekaannya cukup menarik dan begitu dinamik.

Arona akan menerima beberapa pilihan penjana kuasa, bermula dari 1.0-liter TSI yang datang dengan dua versi (95PS dan 115PS), enjin diesel 1.6-liter TDI juga dalam dua versi (95PS dan 115PS) dan versi yang paling pantas atau FR akan dijana oleh enjin 1.5-liter TSI dengan fungsi penyahaktifan silinder dengan hamburan kuasa sebanyak 150PS.

Agak malang kepada kita di Malaysia kerana jenama ini masih lagi belum berani bertapak di sini. Cantik kan rekaannya?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply