Crossover Audi E-Tron bukan sekadar model pengeluaran kenderaan elektrik pertama dari jenama tersebut bahkan ia juga bakal menjadi kenderaan pengeluaran pertama yang menampilkan ciri camera dan bukan lagi cermin sisi. Dikenali sebagai Audi Virtual Mirror (Cermin Maya Audi), ia merupakan dua kamera kecil di atas tangkai yang biasanya diletakkan cermin. Imej dirakam menerusi kamera ini dan terus dipaparkan kepada dua paparan sentuh kecil yang berada berhampiran pemegang pintu.
Pengeluar kenderaan sebenarnya telah mencuba idea ini pada kereta konsep sejak sedekad lalu, namun sehingga kini peraturan tidak membenarkan penggunaan kamera sedemikian untuk kereta jalan raya. Penggunaan cermin maya ini akan membolehkan Audi memperbaiki kecekapan seret crossover elektrik ini serta membantu meningkatkan julat penting semua kenderaan. Ini juga bermakna penggunaan cermin sisi bakal berakhir suatu hari nanti.
Selain cermin dan skrin baharu, ruang dalaman model ini lebih menyerlah berbanding model Audi yang lain kerana kehadiran papan pemuka yang menampilkan dua skrin sentuh untuk mengawal hampir kesemua ciri pada kenderaan tersebut. Audi Virtual Cockpit (Kokpit Maya Audi) turut dipasang di tempat yang biasanya diletakkan tolok analog. Audi E-Tron dikuasakan oleh pek bateri 95 kWh, satu motor elektrik pada gandar hadapan dan dua motor elektrik di belakang.
Gandingan ini mampu menghasilkan 429 hp dan crossover tersebut mampu bergerak sejauh 400 km. Audi bercadang untuk memperkenalkan E-Tron di Sidang Kemuncak Audi di Brussel pada 30 Ogos nanti. Walau bagaimanapun, pengenalan rasminya terpaksa ditunda berikutan penahanan ketua pegawai eksekutifnya, Rupert Stadler.
JOM BACA >> SUV Pertama Proton – Apa Yang Perlu Anda Tahu
KLIK UNTUK BESARKAN
Perlu ke camera dan touch screen ni sbnrny?bukankah cermin tu satu objek yang sangat berkesan,simple,straightforward.saya nampak ini hanya merupakan gimik marketing semata2.kos ini jika diberikan keutamaan kepada keselamatan terutamanya blindspot motosikal lagi win.