ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

SUV pertama Proton – Apa yang perlu anda tahu

Views

Seperti yang telah kita sedia maklum, Proton bakal melancarkan SUV pertama yang dibangunkan menerusi kerjasama strategik dengan Geely pada penghujung September atau awal Oktober nanti. SUV pertama Proton akan berkongsi pelantar dengan SUV antara yang terlaris di China, Geely Boyue versi facelift 2018 dan akan mempunyai dua peringkat. Fasa pertama lebih kepada penukaran lencana atau istilah lazimnya “rebadged” yang hanya sedikit sentuhan kosmetik terutama pada bahagian jeriji hadapan. Model peringkat awal ini akan diimport sepenuhnya secara CBU dari China.

Ini adalah untuk mempercepatkan pengenalannya ke pasaran dan ia akan disusuli dengan peringkat seterusnya, iaitu fasa kedua yang mempunyai lebih gaya Proton dan kandungan tempatan. Model ini akan dipasang secara tempatan (CKD) di kilang baharu Proton dan Geely di Tanjung Malim.

Baru-baru ini YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah diberi peluang untuk memandu uji unit prototaip SUV pertama Proton dengan pemanduan sebelah kanan dan telah mencuba beberapa ciri menarik pada model tersebut. Beliau jelas amat kagum dengan kualiti dan teknologi yang ada pada model tersebut yang dikatakan setanding dengan model SUV keluaran Jerman.

BACA >> VIDEO : Tun Dr Mahathir Mencuba Ciri Kawalan Suara SUV Pertama Proton

Bekas pemandu uji prototaip model Proton yang pernah terlibat secara langsung dalam fasa pengujian model tersebut ke seluruh negara, saudara Sharaf Saleh yang kini berkhidmat di China turut memberi pandangan peribadi beliau dalam artikel yang telah diterbitkan sebelum ini. Ada lima perkara menurut pandangan beliau yang bakal membuatkan rakyat Malaysia terpikat dengan SUV pertama Proton. Ketik pautan di bawah untuk mengetahuinya.

BACA >> 5 Perkara Yang Bakal Membuatkan Rakyat Malaysia Terpikat Dengan SUV Pertama Proton – Sharaf Saleh

Apa yang menarik mengenai SUV pertama Proton?

  1. Model SUV ini akan dijana oleh enjin 1.8 TGDI bersama transmisi enam-kelajuan automatik untuk fasa pertama dan ada ura-ura mengatakan model fasa kedua bakal mempunyai pilihan enjin 1.5 TGDI bersama transmisi dwi-klac.
  2. Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) – Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Pra-Perlanggaran (PCW) dan Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Sistem pemantauan Titik Buta dan Amaran Keluar Laluan yang kebiasaannya hanya terdapat pada kenderaan mewah premium.
  3. Kemasan dalaman dengan gaya mewah menerusi penggunaan upholsteri tempat duduk dibaluti kulit sepenuhnya.
  4. Sistem infotaimen dengan skrin sesentuh 8 inci lengkap dengan hubungan internet 4G dan juga aplikasi mudah alih serta fungsi kawalan jauh menerusi telefon pintar.
  5. Fungsi arahan suara yang membolehkan pemandu memberi arahan seperti membuka bumbung suria dengan hanya menggunakan suara tanpa perlu menekan sebarang butang kawalan.
  6. Sistem kamera 360-darjah yang amat membantu semasa dalam kawasan parkir.
  7. Selain itu SUV ini turut dilengkapi dengan fungsi-fungsi menarik yang lain seperti lampu tinggi automatik, pembersih udara pintar dan sistem pemantauan tekanan angin tayar.

Difahamkan tanda harga bagi model ini akan berada di bawah paras RM100K dan kami berharap ia mampu merancakkan jualannya setelah dilancarkan secara rasmi nanti. Untuk melihat gambaran artis mengenai rupa model tersebut anda boleh melihat imej grafik dengan teknik manipulasi foto hasil rekaan saudara Ajerul. Siap dengan gambaran kereta peronda Polis dan JPJ lagi tu!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ajerul

   

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply