ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bateri baharu Toshiba beri jarak perjalanan EV sejauh 200 batu dengan hanya enam minit pengecasan penuh

Views

Nampaknya berita ini bakal memberi khabar gembira untuk pengeluar kenderaan elektrik. Toshiba mengumkan mereka telah berjaya mencipta bateri litium-ion jenis baharu yang mampu memberikan jarak perjalanan kepada kenderaan elektrik (EV) hampir 200 batu (321.87km). Yang paling menarik bateri ini hanya memerlukan enam minit untuk dicas sepenuhnya!

Syarikat tersebut telah memasukkan titanium niobium oksida ke dalam sel-sel baterinya, yang merupakan bahan baharu yang dikatakan mampu menggandakan kapasiti anod bateri. Ia sekaligus berjaya menghasilkan pengecasan pantas yang akhirnya menghapuskan kegusaran mengenai isu kenderaan elektrik yang selama ini mengambil masa begitu lama untuk dicas.

Toshiba berkata mereka bakal memulakan pengeluaran bateri Super Charge Ion Battery (SCiB) generasi akan datang sebelum akhir dekad ini. Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Toshiba, Dr. Osamu Hori berkata mereka amat gembira dengan potensi anod titanium niobium oksida baharu dan SCiB generasi akan datang. Prestasi bateri ini akan terus ditambah baik dan ia bakal dikeluarkan pada tahun fiskal 2019.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply