ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles dan Kolej Automotif Tekat jalin kerjasama untuk tingkatkan kemahiran belia dalam industri automotif

Views

Demi untuk merealisasikan matlamat untuk meningkatkan tahap latihan kemahiran untuk golongan belia dalam industri automotif, Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles (MBMCV) telah menandatangani satu Memorandum Pesefahaman (MoU) bersama Kolej Automotif Tekat. Dikenali sebagai Program Perantaraan Kenderaan Komersil Mercedes-Benz, pelajar yang terpilih dari Kolej Automotif Tekat akan menjalani program latihan selama lapan bulan di Akademi Latihan Mercedes-Benz Malaysia.

Mereka akan diajar dalam aspek teori dan praktikal, termasuklah penyelenggaraan pencegahan, pembaikan pada agregat sukar untuk pelbagai sistem, dan fungsi pada sistem drivetrain, casis dan elektrik untuk kenderaan komersil Mercedes-Benz dan FUSO. Pelajar dikehendaki menjalani Penilaian Pra-pendaftaran yang terdiri daripada ujian teori dan temu duga untuk memohon kepada Program Perantaraan Kenderaan Komersil Mercedes-Benz.

Prasyarat untuk kemasukan melibatkan penyempurnaan SKM tahap 3, berusia antara 18 hingga 24 tahun, dengan pengetahuan asas otomotif, dan yang paling penting boleh berfikir secara logik untuk menyelesaikan masalah. 15 pelajar yang lulus Penilaian Pra-pendaftaran Kolej Automotif Tekat akan menjalani kursus lapan bulan untuk kenderaan komersil.

Selepas tamat kursus, pelajar akan ditauliahkan sebagai ‘Juruteknik Penyelenggara Berkelayakan MBCV’ dan ‘Juruteknik Penyenggaraan FUSO Berkelayakan’ dengan penempatan pekerjaan yang dijamin selama dua tahun dalam rangkaian pengedar Mercedes-Benz di seluruh negara. Akademi Latihan Mercedes-Benz Malaysia mempunyai bengkel yang beroperasi sepenuhnya dengan bilik latihan yang tercanggih dan dilengkapi dengan peralatan yang menepati piawaian terkini Daimler AG Global Training.

Hingga setakat ini, ia telah berjaya melatih seramai 30 orang pelajar yang kini sedang berkhidmat dengan Mercedes-Benz Malaysia di seluruh negara. Program ini juga direka untuk mendorong pelajar dalam kemahiran berfikir sekaligus menjadikan mereka lebih proaktif dalam pembelajaran.

Program ini turut merangkumi latihan perkhidmatan dan pemasaran bahagian dan waranti untuk memastikan para pelajar bersedia dengan garis panduan jaminan terkini dan prosesnya sebelum memasuki industri automotif. Sepanjang kursus ini, pelajar juga diberi elaun bulanan RM1,200 dan On-The-Job Training yang memberikan pengalaman yang tidak ternilai dalam penyediaan kerjaya mereka. Program Perantaraan Kenderaan Komersil Mercedes-Benz dijangka bermula pada bulan November 2017.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply