ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bekalan dari vendor terganggu – Pengeluaran Myvi dihentikan sementara

Views

Pengeluaran model paling laris Perodua, Myvi baharu telah diberhentikan buat sementara waktu berikutan gangguan bekalan di salah satu vendornya. Ini mengakibatkan kira-kira 3,000 pelanggan tidak dapat mendaftarkan Perodua Myvi baharu mereka sebelum akhir bulan Ogos ini. Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin berkata syarikat ingin memohon maaf kepada para pelanggannya sabar menunggu kenderaan baru mereka.

Perodua bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isu ini dan sedang mengambil semua langkah yang diperlukan untuk memastikan pengeluaran bermula semula secepat mungkin. Keutamaan kini adalah untuk menyerahkan Myvi baharu kepada kira-kira 3,000 pelanggan yang pada asalnya dijadualkan menerima kenderaan mereka sebelum 1hb September.

Tambah Datuk Dr Zahari lagi, pihaknya amat memahami serta prihatin terhadap kekecewaan pelanggan yang terlibat dan sedang berusaha untuk memberikan pampasan yang sesuai dan akan menghubungi mereka menerusi cawangan-cawangan Perodua di seluruh Malaysia tidak lama lagi.

JOM BACA >> Gambaran Digital SUV Perodua Rekaan Gunma Akagi

Terdapat peningkatan dari segi permintaan terhadap kenderaan sejak kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikurangkan dari 6 peratus hingga 0 peratus berkuatkuasa 1hb Jun 2018, lebih awal daripada pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1hb September.

Setakat ini, lebih daripada 68,000 Myvi telah diserahkan kepada pemiliknya daripada lebih 120,000 tempahan yang diterima sejak pelancarannya pada November 2017, sekaligus menjadikannya produk terlaris Perodua dari segi jualan untuk sepanjang tahun setakat ini. Perodua kini sedang berusaha keras untuk mengatasi gangguan bekalan ini dan memulakan semula pengeluaran Myvi secepat mungkin.

Pengeluaran model kami yang lain tetap beroperasi seperti biasa dan penghantaran bagi Axia, Bezza dan Alza masih terus berjalan seperti yang dijadualkan. Perodua menjemput para pelanggannya untuk bercakap dengan penasihat jualan yang sah bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai model keluarannya serta anggaran masa penghantaran Myvi.

Perodua telah menjual kira-kira 140,000 kenderaan antara Januari dan Julai tahun ini, dengan peningkatan hampir 19 peratus berbanding 118,600 unit yang dijual pada tempoh yang sama sebelumnya.

JOM BACA >> Adakah Ini SUV Perodua Kembara Generasi Baharu? 

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply