ARKIB

KATEGORI

Buletin

Firma China minat untuk melabur dalam projek kereta nasional ketiga

Views

TheStar melaporkan dua firma dari China telah berminat untuk melabur sebanyak 10 bilion Dollar Amerika (RM41 bilion) dalam projek kereta nasional ketiga Malaysia dan bakal membina sebuah hab kereta serantau di selatan Perak. Zhejiang Geely Holding Group juga telah menunjukkan minat untuk mengambil bahagian dalam projek kereta tersebut dengan menaik taraf kemudahannya di Malaysia.

Projek kereta nasional ketiga telah dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selepas beliau menjadi Perdana Menteri untuk kali kedua pada 10 Mei lalu. Cadangan dari pengeluar kenderaan elektrik (EV) China GSR Capital dan Envision Energy juga telah dikemukakan kepada kerajaan menjelang lawatan semasa Perdana Menteri ke China baru-baru ini.

Kedua-dua syarikat itu bakal membuat pelaburan sebanyak 10 bilion Dollar Amerika dan akan berkembang dalam masa lima tahun di lokasi yang berhampiran dengan Proton City di Perak. Menurut seorang pegawai yang mengetahui pelan Geely berkata, syarikat tersebut telah memaklumkan kepada kerajaan bahawa ia berminat untuk meningkatkan operasi di Malaysia dan mengambil bahagian dalam projek kereta nasional ketiga.

Geely, sebuah syarikat automotif multinasional China, yang memiliki beberapa jenama seperti Geely Auto, Lotus, Proton, dan Volvo dan kenderaan komersil di bawah syarikat EV London dan jenama Yuan Cheng Auto telah menarik perhatian dunia selepas berjaya memulihkan pengeluar kereta dari Sweden, Volvo.

Ia membeli Volvo dari Ford pada 2010 dan melaburkan sebanyak 10 bilion Dollar Amerika untuk membangunkan model dan teknologi baharu sehingga Volvo berjaya mencatatkan keuntungan operasi sebanyak 1.25 bilion Dollar Amerika pada 2016. Geely kini dalam usaha untuk memulihkan kembali Proton dalam tempoh tiga tahun pertama pengambilalihan.

JOM BACA >> Rapid Bus Sdn Bhd Tubuh Pasukan Khas Untuk Tuntutan Insurans

Dalam rancangan perniagaan selama 10 tahun yang dilihat oleh The Star, Proton bermatlamat untuk mengurangkan kos keseluruhan sebanyak 30 peratus, meningkatkan kualiti dan pengeluaran tahunan secara beransur-ansur kepada 400,000 unit kereta menjelang 2027, berbanding hanya di bawah 100,000 unit tahun lepas.

Selain Geely, kerajaan Malaysia sedang mengkaji cadangan bersama GSR Capital dan Envision Energy, dengan kerjasama Concept Fields Sdn Bhd dari Malaysia, termasuk penyertaan Nissan Jepun. Kedua-dua syarikat ini akan menubuhkan hab kereta tenaga baharu dan kilang kereta nasional baharu di selatan Perak. Envision, yang memegang 75 peratus kepentingan dalam unit kenderaan elektrik Nissan, AESC, akan membawa masuk AESC untuk bergabung dengan GSR Capital untuk membina fasiliti pengeluaran EV termasuk menghasilkan bateri kereta elektrik.

Projek ini akan diterajui oleh GSR Capital yang akan memudahkan FDI kira-kira 10 bilion Dollar Amerika ke Malaysia, manakala AESC akan menyediakan teknologi Jepun untuk menghasilkan kereta elektrik. Hab projek yang dicadangkan berpotensi besar untuk memberi faedah kepada industri kereta Malaysia dan juga ekonomi am negara.

Aliran pelaburan 10 bilion Dollar Amerika diunjurkan bakal mencipta 15,000 peluang pekerjaan. Cadangan itu juga termasuk penubuhan pusat pendidikan yang akan menumpukan kepada latihan pekerja mahir tempatan dan mewujudkan kemudahan Penyelidikan & Pembangunan untuk memastikan pembangunan industri automobil di Malaysia yang berterusan dan lestari.

JOM BACA >> Geely Bin Rui Dan SX11 – Fakta Ringkas Bakal Dua Model Proton Masa Depan

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply