ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan Micra generasi kelima kini lebih garang dan bergaya

Views
All New Nissan Micra - Play it your way

Pencabar terbaharu dalam segmen hatchback kompak kini muncul! Generasi kelima Nissan Micra telah diperkenalkan baru baru ini sempena Paris Auto Show 2016 tampil dengan gaya baharu yang lebih garang dan bergaya. Sudah pasti dengan kehadiran model ini bakal membuatkan pesaingnya di Eropah seperti W Polo, Ford Fiesta, Opel Corsa, Renault Clio, Peugeot 208, Toyota Yaris, Skoda Fabia, Citroen C3, Seat Ibiza, Hyundai i20, Kia Rio, Suzuki Swift, Mazda2 dan Dacia Sandero tidak senang duduk.

Rekabentuk luarannya kini menampilkan gaya rekabentuk baharu Nissan yang diinspirasikan daripada model konsep Sway yang dibawa oleh Nissan ke Geneva tahun lalu. Ruang dalamannya turut mendapat sentuhan baharu yang nampak lebih ekslusif dengan rekaan yang minimalis, moden dan susunan reka letak papan pemuka yang cukup kemas. Menurut CEO Nissan Carlos Ghosn, Micra generasi kelima merupakan suatu revolusi dan bakal meningkatkan jangkaan untuk keseluruhan segmen.

nissan-micra-2017-livepics-paris-26

Ciri ciri keselamatan model ini dikatakan lebih canggih berbanding pesaingnya dengan pencegahan keluar lorong, brek kecemasan pintar, pengecaman papan tanda trafik, kawalan lampu tinggi dan amaran titik buta. Selain itu ia turut dilengkapi dengan paparan skrin sentuh warna bersaiz tujuh inci, navigasi satelit, sistem audio dari Bose dan Siri melalui kawalan suara menggunakan aplikasi Apple CarPlay. Nissan Micra generasi baharu ini akan dikeluarkan di kilang Renault di Perancis dan mula berada dipasaran pada suku pertama tahun hadapan.

KLIK UNTUK BESARKAN

nissan-micra-2017-livepics-paris-42 nissan-micra-2017-livepics-paris-41 nissan-micra-2017-livepics-paris-11 nissan-micra-2017-livepics-paris-12 nissan-micra-2017-livepics-paris-13 nissan-micra-2017-livepics-paris-14 nissan-micra-2017-livepics-paris-16 nissan-micra-2017-livepics-paris-18 nissan-micra-2017-livepics-paris-21 nissan-micra-2017-livepics-paris-23 nissan-micra-2017-livepics-paris-24 nissan-micra-2017-livepics-paris-25 nissan-micra-2017-livepics-paris-26 nissan-micra-2017-livepics-paris-27 nissan-micra-2017-livepics-paris-34 nissan-micra-2017-livepics-paris-35 nissan-micra-2017-livepics-paris-36 nissan-micra-2017-livepics-paris-37 nissan-micra-2017-livepics-paris-38 nissan-micra-2017-livepics-paris-39 nissan-micra-2017-livepics-paris-40

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply