ARKIB

KATEGORI

Buletin

GAYA HIDUP : adidas Football bakal lancar Predator 18+ di Malaysia pada 28 November ini

Views

Kepada peminat bolasepak dan yang memang main bolasepak, ini ada berita baik untuk anda! adidas Football bakal melancarkan but ikonik terbaharu mereka Predator 18+ secara rasmi di Malaysia pada hari Selasa depan. Predator 18+ telah diperkenalkan secara global pada 22 November lalu merupakan sebahagian dari pek Skystalker bersama X dan NEMEZIZ. But ini diinspirasikan dari model ikonik Predator yang telah dikemaskini dengan perkakasan moden dan inovasi.

Ia menampilkan warna hitam, merah dan emas, termasuk Primeknit SOCKFIT COLLAR yang dipertingkatkan, direka untuk secara semulajadi mengembang mengikut bentuk kaki untuk memastikannya sentiasa ketat. Bahan Primeknit termasuklah satu lapisan CONTROLSKIN untuk cengkaman yang optimum dalam apa jua keadaan bersama dengan UPPER ANATOMICAL yang meniru bentuk tumit kaki untuk memastikannya melekap.

Sistem PURECUT LACELESS pula memastikan kawalan permukaan maksimum, manakala struktur sokongan pertengahan kaki FORGED KNIT dan kestabilan lateral menyokong pergerakan yang kompleks. CONTROLFRAME yang dipertingkatkan dengan lapisan poliamida berprestasi tinggi direka untuk menstabilkan pergerakan dan konfigurasi hujung stud hibrid baru menguatkan putaran dan cengkaman. Lebar penuh BOOST™ memberikan tenaga kembali dengan setiap langkah.

Naib Presiden Rekabentuk adidas Football, Sam Handy berkata semasa merekabentuk Predator 18+ mereka mahu mencipta but yang paling inovatif dalam pasaran dalam masa kekal dengan etos yang menjadikan Predator but ikonik. Predator baharu bakal digunakan oleh bintang bolasepak terkenal seperti Paul Pogba, Ivan Rakitic, Dele Alli dan Mesut Ozil. Predator 18+ turut menampilkan binaan SOCKFIT COLLAR, PURECUT LACELESS di bahagian atas dan CONTROLSKIN bersama bersama-sama dengan BOOST™ midsole dan stud cengkaman. Layari laman sesawang http://www.adidas.com.my/football untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply