ARKIB

KATEGORI

Buletin

Berbasikal di SIC

Views

Artikel oleh : Arish Qutb Ahmad Khan

Ahad (8.5.16) – Untuk pertama kalinya sejak membuat liputan acara di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) saya berpeluang untuk membuat liputan acara berbasikal. Agak janggal rasanya merakam gambar orang berbasikal di atas trek lumba kereta di mana lazimnya menangkap gambar objek yang lalu agak sukar.

Saya sendiri bersama keluarga memang hobi berbasikal, jadi seawal jam 5 pagi kami bertolak ke SIC.
Seperti di jangka acara yang bermula tepat jam 6:30 pagi itu mendapat sambutan yang amat mengalakan. Begitu ramai kaki kaki berbasikal bersiap sedia untuk mengayuh.

basikal SIC - 4

Acara ini adalah acara pertama di SIC sejak kerja kerja ubah suai dan menurap litar siap sejak akhir tahun lepas siap sepenuhnya. (Saya telah di jemput untuk menguji pandu di atas litar yang sama awal minggu ini tetapi tidak berkesempatan kerana kesuntukan masa. Melepas!) Permukaan litar yang baharu diturap ini akan digunakan buat julung kalinya untuk kejohanan Super Bike Dunia minggu depan.

Tentunya penunggang Super Bike perlu menyesuaikan diri dengan trek yang baharu ini sebab ia akan memberi kesan kepada tahap cengkaman tayar. Permukaan baharu biasanya licin terutamanya di kawasan yang memerlukan penunggan/pemandu membrek. Boleh dikatakan kebanyakan para perlumba tidak menggemari permukaan yang baharu kerana ia kurang memberi cengkaman kepada tayar.

Apa pun saya berjaya membuat dua pusingan penuh di litar sepanjang 5.54 km ini. Walaupun dengan kelajuan yang mungkin memcecah 10 km/j sahaja, tetapi berpeluh jugalah nak habiskan dua pusingan terutamanya pada dua kawasan mendaki di selekoh 3, 4, 5 dan selekoh 9, 10 dan 11. Perit juga terasa lutut. Diharapkan pihak SIC mempertimbangkan untuk menjadikan acara berbasikal ini sebagai acara bulanan pada masa akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

basikal SIC - 8 basikal SIC - 4 basikal SIC - 3 basikal SIC - 2 basikal SIC - 1 basikal SIC - 5 basikal SIC - 6 basikal SIC - 7

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply