ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua bakal ganti Kenari tahun depan?

Views

Ini merupakan foto risikan terbaharu unit ujian Daihatsu Move yang kami perolehi dari Tiada Nama minggu lalu. Menurut info yang diberikannya, Daihatsu Move telah berjaya dirakam semasa sedang mengisi minyak di stesen minyak Shell, Juru.

Walaupun foto ini terpaksa dirakam secara sembunyi kerana dilarang oleh pemandu kereta tersebut, sempat juga Tiada Nama mengambil gambar bahagian dalam yang menampakkan stereng dan sedikit papan pemukanya. Pemandu Daihatsu Move itu juga berkata, ada kemungkinan Perodua akan memperkenalkan model ini pada tahun hadapan.

Mungkin Perodua mengubah fikiran kerana mendapat maklum balas yang di luar jangkaan dari netizen setelah beberapa kali  foto foto model ini tersebar di laman sosial. Kami juga berharap Perodua memperkenalkan model ini kerana ia ada daya tarikannya yang tersendiri, lagipun Kenari generasi baharu pun belum ada lagi penggantinya kan?

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

dashboard daihatsu move daihatsu move - shell juru

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments

Leave a Reply