ARKIB

KATEGORI

Buletin

Al-kisah Proton Perdana 2016

Views

perdana 2016 vs accord gen-8

Sebenarnya kami sengaja gabungkan foto foto ini supaya anda melihat apa perbezaan dan persamaan yang ada pada kedua duanya. Mereka adalah dari baka yang sama, tetapi lahir pada tahun yang berbeza. Model asalnya adalah Honda Accord generasi kelapan yang telah mendermakan platformnya untuk diubahsuai menjadi Proton Perdana generasi baharu. Hasilnya jadilah seperti apa yang ada lihat sekarang. Kami tidak akan sentuh dari aspek rekabentuknya buat masa ini.

Perdana generasi baharu dibuat dalam dua fasa, fasa pertama hanya sedikit perubahan dibuat dan hanya untuk kegunaan rasmi kerajaan sahaja. Fasa kedua pula adalah versi komersil yang telah melalui perubahan kosmetik yang lebih ketara (major facelifted) untuk membezakan terus daripada model penderma asal dan versi fasa pertama.

Anda juga telah sedia maklum bahawa Perdana bukanlah model teras yang boleh dijual dalam skala massa seperti model segmen B dan C yang Proton ada, jadi untuk segmen D ini Proton telah melakukan perkara yang sepatutnya. Jadi, Proton tidak perlu mengeluarkan modal yang begitu besar dan proses pembangunan dapat dipercepatkan walaupun teknologi yang digunakan telah sedikit berusia berbanding dengan model sekelas dengannya.

perdana 2016 vs accord gen-8 rear

Perdana 2016 juga masih menggunakan unit enjin yang sama dengan model asalnya buat masa ini, tetapi apabila enjin Petronas NE01 siap dibangunkan pada 2017, ia akan mengambil alih tugas sebagai nadi utama Perdana pada masa depan. Kami tidak pasti sama ada Proton akan melakukan perubahan di bahagian dalaman apabila mendapat enjin baharu kelak, tetapi sebaik baiknya elok lah ada perubahan untuk memberi lebih kesegaran pada model ini nanti. Takde lah diluar nampak kereta orang muda tapi bila masuk dalam macam pakcik tua.

Apa yang kami harapkan pada Perdana ini? Cukuplah sekadar ia boleh membuka mata orang ramai di luar sana yang Proton masih mampu mengeluarkan produk dalam segmen mewah dengan bajet yang terhad. Jika sambutan model ini menggalakkan ia merupakan suatu bonus buat Proton kerana Perdana terpaksa berhadapan pesaing pesaingnya yang jauh lebih gah dari sudut jenama, teknologi dan rekabentuk.

Apa yang penting harga jualannya yang akan menentukan Perdana ini mencapai sasaran yang ditetapkan atau sebaliknya. Kita tunggu sehingga hari pelancarannya tidak lama lagi untuk mengetahui apa yang ada pada Perdana 2016 ini. Dah tak terkira foto foto yang bolos, tapi lancarnya masih belum lagi. Kami dengar pelancarannya mungkin serentak dengan model baharu Persona, tunggu!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

15 Comments


  • I like the design, it is perfect.. Perdana baru ni mungkin belum boleh bersaing dengan BMW M3 mahupun Mercedes C63 AMG..
    Ada baiknya jika Perdana ni ada versi khas untuk menandingi M3 Dan C63 AMG..
    Versi yang lebih extream Dan mewah menggunakan badge Lotus..
    ‘Lotus Perdana 410’
    Heheheh..! macam pelik pulak bunyinya..

    Toyota dengan Lexus-nya..
    Honda dengan acura-nya..
    Nissan dengan Infiniti-nya..
    Proton dengan Lotus-nya..

    **hope we will get 10 years warranty for the new Perdana


    • Tiga jenama teratas tuh ada persamaan iaitu division untuk kereta premium. Direct competition ngan BMW dan Mercedes. Tapi Lotus tu sport car bukan premium. Tengok interior pun bare-bones ja. Paling menarik pun interior Evora 400. Tuh pun kalau compare ngan porche cayman gt4 nampak jauh sangat bezanya.


  • Boleh jgk..proton n lotus bergabung untuk segmen D mewah.. tp perubahan besar perlu pada perdana ni. Masih x npk tough lg.. dh lama lotus bwh proton..mgkin ini jd strategi utk proton naikn pretij jenama proton..
    Jgn guna lotus hya pd handling saje… biar sama2 jenama naik baik proton n lotus..
    Satu dunia dh kenal lotus..tp proton masih malu2 nk perkenalkan diri pd dunia.


  • Mmg ssh nk puaskan hati semua..
    Realitinya jualan proton makin menurun..
    Mane silapnya..masa zaman syed zainal proton dh mula menaik..atas usaha nya dan integriti y tinggi.. bila DRB pegang makin menurun..mgkin CEO nya kurang berkarisma.. bkn memuji syed zainal tp npk ketelusan n keikhlasan y tinggi padanya.
    Tengok pada model Saga persona dan exora bold.. wlpn dh makan tahun ttp npk cantik..tp bila preve.suprima n perdana 2016 x spt kereta baru…npk aneh terutama belakang.. why 3.. kita semua xnk proton terkubur..pesaingan ny terlalu sengit.. mgkin ketua desingner kne cari org baru..idea baru ..y segar..
    jika sambutan pd proton makin kurang..bagaimana syarikat nk terus hidup.. jgn salahkan rakyat..jika x mampu tarik perhatian utk membeli produk anda…

    Chers!
    Risau proton x mampu bertahan..
    Kerana disitu ramai anak2 bangsa…y sebenarnya berbakat tp terbatas dgn perlbagai sebab..

Leave a Reply