ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW 3 Series Gran Turismo serba baharu di perkenalkan!

Views

8967253364_f43483b8cf_b

BMW Group Malaysia memperkenalkan BMW 3 Series Gran Turismo (GT) serba baharu sempena pengenalan pusat terbaharu dalam rangkaian pengedarannya iaitu Ingress Auto Puchong. Varian badan yang ketiga bagi keluarga BMW 3 Series pembuat kereta premium ini meningkatkan keseronokan pemanduan dan ergonomik penumpang yang disokong oleh peningkatan ruang dan keselesaan memandu.

Ingress Auto telah menjadi sebahagian daripada rangkaian pengedar BMW Group Malaysia pada tahun 2008 dengan pusat pengedar BMW 4S di Mutiara Damansara serta pusat pengedar MINI di Bangsar. Pengedar BMW 4S Ingress Auto yang baharu di Puchong memiliki ruang binaan seluas 2,000 meter persegi dengan keupayaan mempamerkan sehingga 6 buah kenderaan dengan 2 ruang RATC (Reception at the Car) khas dan 8 ruang servis KDS (Kinematic Diagnosis System) yang menawarkan servis dan pembaikan komprehensif, ruang membasuh serta ruang istirahat pelanggan dengan Bar Isetta milik BMW yang terkini, bilik perbincangan jualan dan bilik mesyuarat selain ruang resepsi servis MINI yang khusus.

Ciri menarik BMW 3 Series GT serba baharu ialah konsep binaannya yang ringan, ciri Air Breathers dan spoiler belakang aktif yang meningkatkan lagi keupayaan aerodinamik BMW 3 Series GT serba baharu yang dilengkapi dengan perapian BMW Sports Line. Dengan saiz kabinnya yang lebih luas, kedudukan kerusi yang lebih tinggi dan tambahan ruang kaki penumpang belakang sebanyak 7 cm, BMW 3 Series GT serba baharu memiliki peningkatan panjang keseluruhan sebanyak 20cm berbanding 3 Series Touring, bagi membolehkan pergerakan yang lebih bebas dan ruang yang lebih lapang.

Ciri berbeza pada BMW 3 Series GT serba baharu terserlah melalui bahagian depannya yang dibentuk gagah dengan rangka tubuh yang panjang, bumbung berbentuk coupe, tingkap sisi tanpa rangka dan bahagian belakang yang bergaya. BMW 3 Series GT Sport Line menawarkan bahagian luaran berwarna hitam berkilat bagi memberikan rupa yang lebih dinamik, manakala sembilan keping gril berbentuk buah pinggang berwarna hitam yang dikelilingi oleh rangka krom menambahkan lagi penampilan yang sporty dan bertenaga.

8966069237_939dbbd287_b

Reka bentuk jejari berkembar aloi ringan 18″ turut memberikan gaya sport tambahan manakala lampu depan Xenon pula menambahkan lagi ciri eksklusif kereta selain garis sisi di sepanjang pintu kenderaan.Spoiler belakang yang aktif, yang dipasang buat pertama kalinya pada sebuah BMW, akan dikeluarkan secara automatik pada kelajuan 110km/h dan masuk semula ke dalam pada kelajuan bawah 70km/h bagi memberikan penampilan yang ringan serta mengurangkan angkatan semasa kelajuan tinggi.

Nadi penggerak BMW 3 Series GT serba baharu ialah teknologi BMW TwinPower Turbo pemenang anugerah yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan yang pintar untuk mengurangkan penggunaan minyak dan pelepasan dengan ketara.BMW 3 Series GT serba baharu memiliki enjin empat silinder sebaris yang menghasilkan keluaran maksimum sebanyak 180 kW/245 hp dengan tork puncak pada 350Nm.

Keupayaan memecut 0-100km/h hanyalah dalam masa 6.1 saat dengan kelajuan teratas yang dihadkan secara elektronik pada 250km/h, dan penggunaan minyak secara purata adalah pada 6.4 liter per 100km dengan pelepasan CO2 pada 149 gram per km. BMW 3 Series GT serba baharu turut menawarkan pemandu dengan keupayaan mengubah ciri kenderaan secara keseluruhan untuk memenuhi gaya pemanduan atau pilihan peribadi manakala mod ECO PRO, COMFORT, SPORT dan SPORT+ dipasang sebagai ciri standard, seterusnya menjadikan BMW 3 Series GT serba baharu sebagai penjana kuasa
yang cekap.

Sebagai mengesahkan lagi kelebihan mutu BMW sebagai peneraju inovasi, mod ECO PRO yang unik memainkan peranan yang berkesan kerana ia bukan sahaja membantu melaraskan sistem tindak balas pecutan dan pengurusan enjin, tetapi juga menggunakan kelebihan keupayaan pengurusan tenaga dan persekitaran pintar untuk mengurangkan lagi penggunaan minyak. Fungsi ECO PRO Route bergabung tenaga dengan Navigation System Professional untuk mengawasi gaya pemanduan peribadi pemandu dan profil jalan raya yang dilalui bagi mengesyorkan laluan dan penetapan kenderaan yang paling menjimatkan minyak. Ia juga membantu pemandu mengekalkan gaya pemanduan yang efisien dan ekonomik dengan mengurangkan sehingga 20% penggunaan minyak selain menambah jarak pemanduan bagi minyak yang terdapat di dalam tangki.

8967258988_dc3d2e94b5_b

Seperti kenderaan BMW kontemporari yang lain, BMW 3 Series GT serba baharu dipasang dengan teknologi terkini bagi memberi maklumat kepada pemandu melalui instrumen bulatnya yang jelas dengan paparan panel hitam, termasuklah monitor BMW ConnectedDrive yang dipasang bersendirian. BMW ConnectedDrive menguruskan pertukaran maklumat antara penumpang, kenderaan dan dunia luar melalui cara yang pintar dan tersusun. BMW ConnectedDrive ini dilengkapi dengan penyambungan internet, Park Distance Control dan Navigation System Professional. Ciri baharu termasuklah BMW TeleServices, antara muka Bluetooth dengan fungsi Office tambahan serta BMW Apps yang menampilkan AUPEO! Personal Internet Radio.

BMW 3 Series GT Sport Line serba baharu terdapat dalam warna Alpine White, Black Sapphire, Melbourne Red, Glacier Silver, Midnight Blue, dan Mineral Grey. Gaya sport mewah BMW 3 Series GT dipertingkatkan lagi dengan kemasan kulit Hitam Dakota dan Merah manakala variasi eksklusif Alpine White turut terdapat dengan kemasan kulit Merah Coral Dakota dan Hitam.

BMW 3 Series Gran Turismo serba baharu akan mula dijual di semua pengedar BMW seluruh Malaysia mulai 8 Jun 2013. Harga runcit (atas jalan, tanpa insurans, dengan BMW Service + Repair Inclusive (BS+RI) bagi BMW 3 Series GT serba baharu ialah: BMW 328i Gran Turismo Sport Line – RM 348,800.00

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply