Mungkin ramai di antara kita yang menantikan pengenalan model generasi baharu Toyota Corolla yang baru sahaja membuat kemuculan sulung di Santa Monica, California. Menurut laman web www.carscoops.com inilah rupa terbaru Corolla yang kini tampil dengan wajah & gaya yang lebih muda, segar, sporty dan sekaligus telah berjaya mengeluarkannya daripada bayangan “kereta untuk pakcik tua”. Ada kesinambungan dan DNA rupa baharu keluarga Toyota pada rekaan model ini dengan model Vios generasi baharu yang telah diperkenalkan di Thailand.
Toyota juga sebelum ini telah memberi bayangan rupa model Corolla dengan melalui model konsep Furia di Detroit Motor Show 2013. Ruang dalaman Corolla generasi baharu juga lebih luas dengan 3.93 inci (99.8 mm) dan 2.95-inci (75 mm) lebih panjang daripada model sebelumnya.
Dua pilihan enjin 1.8 liter petrol ditawarkan, yang pertama menghasilkan 132hp dan 128 lb-ft tork puncak pada model gred LE, S dan lain-lain manakala satu lagi mampu menghasilkan 140hp dan 126 lb-ft untuk versi baharu “Eco”. Terdapat tiga transmisi tersedia, manual enam kelajuan untuk varian Corolla gred L dan S, empat kelajuan automatik untuk varian asas gred L dan CVT 7-kelajuan baharu yang digelar CVTi-S (“i” untuk Intelligent, “S” untuk Shift) pada varian gred S, LE dan Eco.
Apa pendapat anda menenai model ini? 🙂
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
Look better than previous model. Much much better
Ini pula versi Eropah, boleh jadi juga versi Malaysia..lagi sporty berbanding versi USA..
http://keretamoto.com/2013/06/07/toyota-corolla-2014-versi-eropah-dikemukakan-penampilan-lebih-sporty-berbanding-versi-usa/
Persoalannya adalah bila model Corolla dan Vios 2013 ini akan dilancarkan di Malaysia.. dan bilakah ia akan berada di pasaran negara kita.
corolla ni dijangka dijual tahun 2014. tp tak pasti suku ke berapa. then vios baru dalam tahun ni juga.
menarik muka depan nya….tengok dua tiga kali nampak macam muka robot pun ada
suke lagi design USA..lagi menarik dan simple
waiting for Asean model and launch..
jauh beza dgn proton