ARKIB

KATEGORI

Buletin

Foto acah rekaan dalaman Proton Savvy18

Views

Biasanya jika Saharudin Busri atau Wak bikin hasil karya 3D, kita selalunya akan melihat rekaan luaran penuh. Kali ini, kita bakal menyaksikan rekaan dalaman model Proton Savvy18 yang kini sedang dibangunkan oleh beliau bersama-sama Unit Rekabentuk Industri di Pusat Rekabentuk MIMOS.

Tiga foto acal awal telah dikeluarkan yang menunjukkan imbasan rekabentuk papan pemuka dan dua foto yang memfokuskan pada rekaan stereng dan tombol gear model tersebut. Secara keseluruhan, rekaan dalaman model ini adalah kesinambungan daripada model Savvy terdahulu yang telah disuntik dengan unsur rekaan moden dan minimalis serta masih dipengaruhi dari gaya rekaan model Lotus, namun ia lebih praktikal dan mesra pengguna.

Rekabentuk papan pemuka Proton Savvy18 kini diperkemaskan dan nampak lebih moden dengan kehadiran skrin sentuh bersaiz agak besar di tengahnya. Sekali imbas ia persis rekabentuk papan pemuka Volkswagen Polo/Golf. Warna hitam mendominasi hampir keseluruhan ruang dalaman yang turut diserikan lagi dengan kehadiran kemasan krom di beberapa tempat seperti di keliling corong pendingin hawa dan panel meter.

BACA >> Foto acah Proton Savvy18 rekaan Saharudin Busri

Sterengnya juga nampak sangat sporty dan moden, jika diihat ia seakan stereng model Lotus. Paling menarik perhatian adalah nombor 18 berada di tengah-tengah stereng. Bentuk luaran kluster panel meter juga masih sama seperti model asal Savvy, namun kali ini ia lebih canggih dengan kehadiran skrin paparan informasi di antara dua panel meter digital yang berlatar belakangkan warna kuning.

Tombol gearnya juga amat unik kerana ia diinspirasikan dari bentuk luaran logo Proton yang digabungkan dengan unsur rekaan pada model asal Savvy di bahagian tapaknya. Kelihatan juga butang penghidup enjin berwarna merah yang berada betul-betul di hadapan tombol gear. Butang kawalan pendingin hawa pula berada di bahagian atas butang penghidup enjin yang nampak lebih menonjol dengan kehadiran cahaya berwarna biru di sekelilingnya.

Menurut Saharudin Busri, pihaknya kini sedang mencari syarikat yang ingin membangunkan prototaip model konsep ini bersama-sama dengan MIMOS. Kami berharap ada syarikat yang sudi tampil untuk merealisasikan model ini dengan harapan ia boleh dipertontonkan dalam bentuk konsep di Pameran Kenderaan Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18) pada 23 November hingga 2 Disember 2018 nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


  • Jika diteliti range kereta Geely semasa, rata2nya adalah dari segmen C & D. ini mungkin disebabkan pengaruh tech transfer dari Volvo. Emgrand dan Boyoue antaranya. Saya masih tak nampak sinergi produk2 sedia ada Geely yang boleh dimanfaatkan ‘sepenuhnya’ oleh Proton bagi pasaran Malaysia mahupun RHD.
    Sebagaimana result penjualan terkini Proton, best seller mereka adalah dari segmen A dan B iaitu Saga dan Persona. Saya rasa bagi jamin kejayaan Proton yang tinggi Geely perlu mempergunakan Proton bagi segemen A & B manakala segmen C & D serah sahaja kepada Geely. Dengan cara ini ialanya lebih efisien dan fokus kepada pasaran.
    Bagi demografik orang Malaysia pula, mereka tidak sesekali akan keluarkan lebih daripada RM70k untuk kereta tempatan, kerana bagi mereka dengan julat harga begitu mereka boleh dapatkan kereta badge T & H walaupun spek lebih rendah. Satu perkara yang perlu diambilkira oleh pengurusan baru Proton & Geely.


  • Bermula tahun 2020 Geely akan meluaskan pasaran Proton keseluruh Asia tenggara kecuali Philippine.. Permintaan pasaran Asia tenggara lebih kepada kenderaan segment-A Dan B.. Tetapi setiap negara ada sasaran pasaran tersendiri.. Jika kita lihat pasaran Asia tenggara, pasaran Malaysia tidak sampai 5% keseluruhannya..

Leave a Reply