ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Group Malaysia umum 10 finalis BMW Shorties 2017!

Views

BMW Shorties, pertandingan filem pendek paling breprestij yang berjaya menggilap ramai bakat baharu dalam industri pembikinan filem tempatan telah memilih 10 orang finalis daripada 90 penyertaan yang diterima untuk tahun 2017. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Selama lebih 11 tahun, program BMW Shorties bukan sahaja membentuk industri pembikinan filem tempatan malah memenuhi keperluan yang kian meningkat dan cabaran perubahan dalam media sosial serta digital.”

Juri pertandingan tahun ini terdiri daripada barisan pembuat filem terkenal Malaysia. Ini termasuklah produser kreatif yang memenangi anugerah, Nandita Solomon; penulis lakon layar dan pembikin filem yang kian meningkat naik, Nadira Ilana; penulis skrip dan pelakon, Redza Minhat; pembikin filem yang memenangi anugerah, Ho Yuhang dan Tan Chui Mui.

Salah seorang finalis bakal memenangi hadiah utama berupa geran produksi bernilai RM75,000 dan prospek memberangsangkan dalam industri pembikinan filem. Anugerah-anugerah lain yang turut ditawarkan ialah Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Reka Bentuk Produksi Terbaik, Suntingan Terbaik, Reka Bentuk Bunyi Terbaik dan Anugerah Pilihan Ramai.

Filem pendek 10 orang finalis ini akan bersaing untuk Anugerah Pilihan Ramai yang terbuka untuk undian awam bermula 14 November 14 hingga 14 Disember 2017 di laman web www.bmwshorties.com.my.

Finalis BMW Shorties 2017 (mengikut susunan abjad) ialah:

  1. After Tango oleh New Chun Hui
  2. Desakan Dewasa oleh Johanna Johan Ariffin
  3. Gold! There’s gold in the river oleh Mallory Lee
  4. Livornia oleh Shaurin Zainurin
  5. Never Was The Shade oleh Lim Kean Hian
  6. Sekunder oleh Wan Mohd Shafiq
  7. Selam 2.0 oleh Lor Yew Mien
  8. The Last 7 oleh Jared Lee Wei Sheong
  9. Touch oleh Chong Kah Man & Lim Poh Yun
  10. The Road to God oleh Mohd Jefri Samaroon

Calon-calon Anugerah Sokongan BMW Shorties 2017 mengikut susunan abjad ialah:

Pengarah Terbaik
New Chun Hui untuk After Tango
Lor Yew Mien untuk Selam 2.0
Lim Kean Hian untuk Never Was The Shade

Sinematografi Terbaik
Gold! There is gold in the river! oleh Thng Wai Fong
Never Was the Shade oleh Jason Wong
Selam 2.0 oleh Khairil M Bahar

Lakon Layar Terbaik
After Tango oleh New Chun Hui
Desakan Dewasa oleh Johanna Johan Ariffin
Never Was The Shade oleh Lim Kean Hian & Rozie Rashid

Reka Bentuk Produksi Terbaik
Sekunder oleh Kirin Muhamad
Selam 2.0 oleh Mohamad Rabani Abdul Hamid
The Last 7 oleh Michael Lourdes

Reka Bentuk Bunyi Terbaik
Sekunder oleh Syazana Nadira
Selam 2.0 oleh Ashwin Gobinath
The Last 7 oleh Warren Santiago

Suntingan Terbaik
After Tango oleh Dixon Yoong
Never Was The Shade oleh Wong Kai Yun
Sekunder by Directed oleh Ammar Aizad

Pelakon Lelaki Terbaik
Desakan Dewasa oleh Bront Palarae
Never Was The Shade oleh Steve Yap
Sekunder oleh Hasnul Rahmat

Pelakon Wanita Terbaik
Sekunder oleh Livonia Ricky
Selam 2.0 oleh Ameera Ramlee
Selam 2.0 oleh Yuna Rahim

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply