ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

INFO : Apa yang perlu anda buat jika cermin kereta anda pecah terkena serpihan batu dari pekerja kontrak potong rumput?

Views

Pernah tak anda berada pada situasi sebegini? Anda sedang memandu dan anda terlihat pekerja kontrak mesin rumput di tepi jalan sedang bekerja, bila anda lalu je kat situ tiba-tiba, “KTAAKKK!!!” Ada serpihan batu terpelanting terkena cermin kereta anda hingga menyebabkannya pecah. Mesti anda hangin satu badan kan masa tu?

Apa yang perlu anda lakukan?

  • Bawa bertenang, jangan panik dan berhenti ke tepi jalan.
  • Keluarkan telefon pintar anda dan ambil gambar.
  • Kemudian, terus berjumpa dengan brader yang mesin rumput kat situ. Jangan marah-marah dan bincang dengan dia elok-elok.
  • Minta dia bagi nama penuhnya dan syarikat kontraktor tempat dia bekerja yang mendapat kontrak kerja-kerja memotong rumput itu.
  • Dapatkan maklumat seperti nombor telefon syarikat kontraktor dan alamat untuk memudahkan anda berurusan.

Tahukah anda setiap kerja-kerja memotong rumput di tepi jalan mempunyai insurans? Mana-mana syarikat yang ingin masuk tender kerja-kerja memotong rumput DIWAJIBKAN oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mempunyai polisi insurans sekiranya berlaku kemalangan yang tidak diingini.

BACA >> INFO : Bolehkah anda menyaman syarikat parkir jika berlaku sesuatu?

Seterusnya apa yang perlu dibuat?

  • Lepas brader tu dah bagi nama syarikat, semak dengan pihak syarikat siapa bengkel kereta panel insurans syarikat tersebut.
  • Bila dah dapat maklumat tu, buat laporan polis dalam tempoh 24 jam dan selepas itu bawa laporan polis itu ke bengkel panel insurans syarikat tersebut untuk mendapatkan cermin yang baharu.

Apakah maklumat yang perlu anda nyatakan dalam laporan polis?

  • Masa buat laporan polis tu, anda perlu nyatakan nama penuh pemotong rumput (jika ada Nombor Kad Pengenalan lebih baik), nama dan alamat syarikat, tarikh dan masa kejadian serta jangan lupa nama jalan serta kawasan di mana kejadian itu berlaku.

Mesti ramai yang tak tahu pasal ni kan? Lepas ini kalau terjadi perkara sebegini anda hanya perlu ikut sahaja langkah-langkah yang telah dinyatakan di atas. Kami berterima kasih kepada laman Facebook – Jumpa Kat Mahkamah yang banyak menyalurkan maklumat berkaitan perundangan yang boleh membantu kita mengenai hak sebagai pengguna.

Sumber : Jumpa Kat Mahkhamah
Foto kredit : ladyqayqay.blogspot.my

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply