ARKIB

KATEGORI

Buletin

Scania anjur Sesi Pemanduan Selamat untuk Kelab Pemandu Trak Asia

Views

Scania Malaysia telah menganjurkan sesi teknik pemanduan selamat untuk Kelab Pemandu Trak Asia, sejajar dengan niat untuk menjadi peneraju ke arah meningkatkan kehidupan melalui penyelesaian pengangkutan yang mampan. Kelab Pemandu Trak Asia merupakan inisiatif dari Pemandu Trak Asia yang berfungsi sebagai platform untuk membantu meningkatkan profesion dan imej pemandu dengan menyediakan latihan yang sesuai, peningkatan kemahiran dan seminar pembangunan peribadi dan bengkel.

Sesi yang berlangsung selama setengah hari itu merupakan peluang kepada pemandu untuk merasai pengalaman Latihan Pemandu Scania yang mengajar teknik pemanduan dan kemahiran yang akan membantu mereka untuk sentiasa selamat semasa dalam perjalanan jauh di sepanjang lebuh raya. Latihan seperti ini bakal membantu pemandu untuk sentiasa mengamalkan amalan pemanduan yang baik, selain mengurangkan pemakaian dan kehausan tayar, stress dan penjimatan bahan bakar trak.

Menurut Ian Tan, Pengarah Pembangunan Perniagaan, Scania Asia Tenggara, Scania akan sentiasa menjadi peneraju dalam memacu perubahan dalam industri ke arah sistem pengangkutan yang lebih cekap, mesra alam, selamat dan sistem pengangkutan yang lebih bijak. Pendekatan utama ke arah matlamat ini turut dibincangkan bersama dengan pemandu. Ia juga merupakan peluang yang baik untuk berkongsi dengan pemandu mengenai visi syarikat tentang masa depan yang mampan.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply