ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Group Malaysia umum prestasi terbaik kenderaan BMW iPerformance untuk separuh pertama 2017

Views

BMW Group Malaysia semalam telah mengumumkan prestasi terbaik untuk portfolio kenderaan BMW iPerformance bagi separuh pertama tahun 2017. Lebih 3,200 unit BMW 330e, BMW X5 xDrive40e dan BMW 740Le telah diserahkan kepada pemilik sehingga Jun 2017. Angka itu juga bersamaan dengan 44 peratus pegangan pasaran di Malaysia dan ia merupakan yang paling tinggi di dunia. Purata jualan di dunia adalah 3 peratus dengan negara-negara Nordic mencatat 14 peratus.

Prestasi jualan BMW 330e dilihat sangat berjaya dengan lebih 60 peratus BMW 3 Series yang dijual di Malaysia ketika ini adalah model BMW iPerformance. Manakala lebih 40 peratus daripada varian BMW 7 Series yang diserahkan kepada pelanggan ialah model BMW 740Le xDrive yang baru sahaja diperkenalkan.

Aspek infrastruktur dan perkhidmatan mobiliti turut dititikberatkan dalam strategi syarikat untuk menjadikan pengalaman memandu jentera elektrik pada setiap hari lebih selesa, mudah dan menyeronokkan. BMW Group Malaysia dengan kerjasama GreenTech Malaysia telah menawarkan pengguna kenderaan plug-in hybrid baharu BMW di Malaysia akses kepada servis mobiliti ChargeNow menerusi platform ChargEV.

Jom tonton ENGEAR – Episod 9 : BMW 330e M Sport!

BMW 330e M SPORT 2017 / BABY DRIVER Review - ENGEAR EP8

Setakat ini, terdapat lebih 200 stesen ChargEV di seluruh negara dan ia akan terus meningkat kepada sasaran 25,000 stesen ChargEV menjelang tahun 2020. Selain itu lebih 600 orang pemilik kenderaan BMW Plug-in Hybrid telah mendaftar dalam program BMW ChargeNow di atas platform ChargEV.

Baru-baru ini, Seong Hoe Premium Motors, pengedar BMW di Melaka memasang sebuah BMWi Wallbox di hotel Holiday Inn Melaka dan sebuah lagi akan dipasang di hotel The Equatorial Melaka dan bakal siap pada Ogos depan. Di Malaysia Timur, Regas Premium Auto Sarawak juga memasang dua unit BMWi Wallbox di pusat membeli-belah CityONE Megamall di Kuching, sekaligus menjadi infrastruktur mengecaj awam yang pertama di Sarawak.

Perkhidmatan BMW ChargeNow ditawarkan sebagai sebahagian daripada program BMW 360° ELECTRIC untuk pelanggan BMW i8, BMW 330e, BMW X5 xDrive40e dan BMW 740Le xDrive. Perkhidmatan mobiliti ini membuatkan urusan mengecaj serta pemilikan kenderaan BMW i atau BMW Hybrid dengan Teknologi eDrive semakin mudah.

Penggunaan kad ChargeNow juga memberikan akses langsung ke atas rakan stesen pengecaj seperti ChargEV. Pelanggan boleh menikmati sokongan 24/7 dan akses ke semua stesen pengecaj di semua lokasi rangkaian ChargEV yang kian berkembang. Untuk mendaftar dengan perkhidmatan BMW ChargeNow, sila layari laman web https://www.facebook.com/chargEV/.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply