ARKIB

KATEGORI

Buletin

Miliki Ford Focus dari RM668 sebulan* atau rebat tunai sebanyak RM15,000

Views

Kepada peminat Ford Focus, inilah peluang terbaik buat anda untuk memiliki kereta idaman anda kerana Sime Darby Auto Connexion kini menawarkan pilihan bayaran ansuran bulanan serendah RM668 sebulan* (promosi eksklusif dari Maybank) atau rebat tunai sebanyak RM15,000. Ford Focus boleh didapati dalam enam warna bergaya – Frozen White, Panther Black, Ingot Silver, Candy Red, Magnetic dan Winning Blue.

Kereta ini turut disenaraikan di AutoBuzz.my dalam kategori Kereta Terbaik Tahun 2016, #ABC2016, manakala enjin 1.5L EcoBoost mendapat pengiktirafan khas daripada Anugerah Kenderaan Tahunan (VOTY) 2017 untuk ‘Enjin Petrol Terpilih’ oleh DSF.my-Allianz Vehicle of the Year 2017 (VOTY 2017).

Apakah ciri-ciri menarik Ford Focus 1.5L EcoBoost?

  • Dilengkapi ciri keselamatan pintar terkini seperti Sistem Informasi Titik Buta (BLIS) dengan ciri Cross-Traffic Alert – sistem yang menggunakan teknologi radar dengan memberi isyarat kepada pemandu apabila pemandu lain berada di titik buta pemandu dengan menerangkan LED amaran di cermin luar.
  • Sistem parkir pintar dan bebas tangan yang dikenali sebagai Enhanced Active Park Assist, yang dibina pada Parallel Park Assist Ford dengan penambahan Perpendicular Park Assist.
  • Enhanced Active City Stop System dapat membantu untuk mengurangkan kemalangan pada kelajuan yang rendah sehingga 50km/jam.
  • Teknologi Enhanced Transitional Stability yang membantu untuk mengawal kereta.
  • Ford MyKey™ yang membolehkan kunci ganti diprogramkan untuk membolehkan pemilik meminjamkan kereta mereka kepada pemandu yang kurang berpengalaman.
  • SYNC™ 3 yang berperanan sebagai pembantu di jalan raya semasa memandu dan ia kini menyokong Android AutoTM dan Apple CarPlay.
  • Active Grille Shutters yang berfungsi untuk mengoptimumkan aliran udara melalui bilah-bilah bermotor yang berputar untuk menyekat aliran udara, sekaligus menjimatkan bahan api serta mengurangkan seretan aerodinamik sehingga enam peratus.
  • Enjin EcoBoost 1.5L 4 silinder adalah yang paling berkuasa dalam kelasnya – 180PS dan tork 240Nm.
  • Butang entri Push/Start tanpa kunci
  • Enam beg udara
  • Kawalan iklim dwi-zon
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Pemandu Berkuasa Elektrik Elektronik (EPAS)
  • Torque Vectoring Control
  • Bantuan Mendaki
  • SelectShift enam kelajuan dengan pendayung

Kereta Ford Focus juga menawarkan kesenyapan kabin yang luar biasa dengan bahan-bahan nyah bunyi – termasuk cermin kaca penebat bunyi, kaca sisi tingkap yang lebih tebal, karpet yang tebal, peningkatan penebat dalam trim pintu, dan penebat enjin yang lebih baik. Ciri-ciri keselamatan yang ada pada Ford Focus mendapat pengiktirafan maksimum 5-bintang Euro NCAP.

Harga bagi Ford Focus (di atas jalan tanpa insuran):

  • Focus Trend (5 pintu): RM118,888
  • Focus Sport+ (5 pintu): RM139,888
  • Focus Titanium+ (4 pintu): RM139,888

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sdacford.com.my.

BACA >> INFO : Tujuh sebab mengapa bank susah nak lulus pinjaman kereta anda

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply