ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen Passenger Cars Malaysia perkenal Passat PLUS

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan dua lagi tambahan ahli keluarga Passat yang dikenali dengan Trendline PLUS and Comfortline PLUS. Passat PLUS merupakan versi yang dinaiktaraf dari segi penampilan dan penghalusan ruang dalaman. Harga yang ditawarkan pada Passat Trendline PLUS adalah RM144,990, manakala Passat Comfortline PLUS pula berharga RM169,980.

Apa yang membezakan Passat PLUS dengan Passat yang lain?

  • Kerusi sport mewah dengan kemasan kulit
  • Rim aloi Istanbul bersaiz 17 inci (varian Trendline PLUS)
  • Filem penebat haba bernilai RM8,000 (varian Trendline PLUS)
  • Rim aloi Monterey bersaiz 18 inci (varian Comfortline PLUS)
  • Filem penebat haba bernilai RM12,000 (varian Comfortline PLUS)

Jom tonton Episod ke-8 ENGEAR : Volkswagen Passat 1.8 Trendline 2017

VOLKSWAGEN PASSAT 2017 1.8 TRENDLINE / RASA MACAM PAPADOM NASI KANDAR? Review - ENGEAR EP7

Untuk masa terhad sehingga 30 September 2017, Passat PLUS ditawarkan dengan kadar faedah istimewa serendah 0.88 peratus untuk sewa beli dengan tempoh pembayaran antara lima hingga sembilan tahun. Passat PLUS turut ditawarkan dengan lima tahun penyelenggaraan percuma atau 75,000km (yang mana terdahulu) dengan syarat, pendaftaran perlu dibuat sebelum 30 September 2017.

Varian Passat PLUS dilengkapi dengan penjana kuasa 1.8L turbocharged TSI yang digandingkan bersama transmisi tujuh-kelajuan DSG yang memberikannya kuasa sehingga 180PS dan tork 250Nm pada 1,250 hingga 5,000rpm selain penjimatan minyak 5.7l/100 km. Antara ciri-ciri menarik yang menjadikan model ini lebih menarik adalah fungsi mula/henti, brek regeneratif, brek parkir elektronik dengan fungsi auto hold dan pendingin hawa tiga-zon climatronic.

Dari segi keselamatan, Passat PLUS dilengkapi dengan enam beg udara, sistem amaran pemandu dan lampu kabus hadapan dengan fungsi lampu membelok. Untuk maklumat lanjut mengenai Passat PLUS, layari laman sesawang https://www.volkswagen.com.my/passat/passat-plus

BACA >> INFO : Tujuh sebab mengapa bank susah nak lulus pinjaman kereta anda

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply