ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bonus tunai sehingga RM12,000 untuk model Mitsubishi terpilih

Views

Ini peluang anda untuk membawa pulang sebuah Mitsubishi baharu untuk tahun 2017 kerana Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), kini sedang menawarkan tawaran hebat dengan bonus tunai sehingga RM12,000 untuk model Mitsubishi terpilih. Pelanggan yang memilih trak pikap Triton bakal menikmati bonus tunai sehingga RM9,000 berserta waranti selama tiga-tahun atau 100,000km. Bonus tunai untuk semua varian Triton adalah seperti berikut:

NoModel/VarianBonus Tunai Harga di atas jalan tanpa insurans termasuk GST (RM) di Semenanjung Malaysia
1Triton VGT Adventure X6,000127,200.00
2Triton VGT Adventure7,000120,400.00
3Triton VGT AT8,000111,600.00
4Triton VGT MT7,000104,800.00
5Triton MT9,00091,200.00
6Triton Quest6,00076,300.00

Bagi pelanggan yang memilih model SUV Kompak ASX, merekal bakal menikmati bonus tunai sehingga RM10,000 untuk varian terpilih dan lima-tahun waranti tapa had perbatuan. Harga bagi SUV yang memenangi pelbagai anugerah ini bermula dari RM 105,744.31 untuk ASX 2WD GL, manakala ASX 2WD pula berharga RM 115,468.71 dan ASX 4WD berharga RM 129,010.43.

SUV Outlander kini ditawarkan dengan bonus tunai sehingga RM4,000, dua tahun penyelenggaraan percuma dan lima-tahun waranti atau 100,000km. Harga bagi model Outlander adalah RM168, 600 dan SUV ini telah memenangi Anugerah SUV/Crossover Saiz-Sederhana 4×4 7-Tempat duduk Terbaik di CarSifu Editor’s Choice Awards 2016.

Untuk pelanggan yang membeli Pajero Sport VGT pula bakal menikmati bonus tunai sehingga RM10,000 dan lima-tahun waranti tanpa had perbatuan. Harga bagi Pajero Sport VGT adalah RM 179,716.92. Akhir sekali, pembeli model sedan-eco Attrage GS bakal menerima bonus tunai sehingga RM12,000 dan harga bagi model tersebut adalah RM75,250.33.

KLIK UNTUK BESARKAN

All-New Outlander- Bonus up to RM4, 000 and 2-Years Free Maintenance ASX Compact SUV- Enjoy bonus up worth to RM10,000 and 5-Years warranty with unlimited mileage. Cash bonus worth up to RM12,000 for selected Triton variants image003 Pajero Sport- Cash bonus worth up to RM10, 000 and 5-Years warranty with unlimited mileage

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply