ARKIB

KATEGORI

BuletinTeknologi

Bosch perkenal teknologi kokpit pintar di CES 2018

Views

Saban tahun, skrin sentuh, pengecaman tulisan tangan dan kawalan isyarat secara beransur-ansur mengggantikan butang mekanikal konvensional dan susi di dalam kereta. Walaubagaimanapun, mengawal sistem navigasi, menu komputer atau radio boleh menggangu konsentrasi pemandu. Di CES 2018, Las Vegas, Bosch memperkenalkan teknologi kokpit pintar yang membolehkan pemandu memberi sepenuh perhatian kepada pemanduan.

Menurut Dr. Steffen Berns, Presiden Bosch Car Multimedia, mereka tidak akan menyerabutkan kokpit. Lebih kompleks teknologi dalam kenderaan moden, sepatutnya sistem kawalan lebih mudah dan intuitif. Kecerdasan buatan membantu mentransformasikan antara muka manusia-mesin (HMI) menjadi pusat kawalan yang berfikir ke hadapan.

Fungsi permulaan dengan kecerdasan buatan membekalkan maklumat yang berharga kepada HMI mengenai pemandu, kenderaan dan persekitaran. Ia membolehkan pelarasan proaktif pada paparan dan kawalan ke mana-mana situasi pemanduan yang diberi. Bosch juga menggunakan maklumat ini untuk pembangunan pemanduan automatik. Di sini juga, HMI adalah elemen teras yang membolehkan interaksi optimum antara manusia dan kenderaan.

Menurut Pusat Teknologi Allianz, 63 peratus pemandu di Jerman mengendalikan sistem navigasi mereka semasa memandu, 61 peratus menukar stesen radio, dan 43 peratus melayari menu rumit pada komputer mereka. Ini adalah antara punca kemalangan yang paling kerap berlaku. Di tengah-tengah HMI ialah bantuan kawalan suara yang bertindak-balas kepada ucapan, bahkan dapat memahami loghat/dialek. Terima kasih kepada pemahaman bahasa semulajadi (NLU), pemandu boleh berbual dengan pembantu yang diberi nama Casey, sama seperti berbual dengan penumpang.

Casey juga mempunyai keupayaan untuk berfikir ke depan dengan kecerdasan buatan. Dia boleh belajar untuk meramal destinasi yang mungkin bergantung pada masa di hari tersebut atau jika dia diminta untuk menghidupkan radio, dia sudah tahu apa yang digemari pemandu tersebut, seperti mendengar berita pada waktu pagi dan muzik pada waktu malam.

Paparan digital pula kini telah mengambil alih ruang kokpit, yang membekalkan maklumat seperti kelajuan, rpm dan jarak pemanduan. Algoritma pintar berupaya untuk menapis pembelajaran dan mengutamakan kandungan. Jika jalan licin, pemandu dengan segera menerima isyarat amaran secara langsung di hadapan mata mereka, sementara maklumat yang kurang penting, seperti stesen radio semasa, akan dialihkan ke paparan lain. Ia sekaligus membantu pemandu untuk lebih fokus di jalan raya.

Tetapi untuk operasi infotainmen, penyaman udara, dan radio, skrin sentuh dan pengawal pusat mempunyai sedikit kelemahan dan pemandu perlu melihat untuk memasukkan arahan dengan tepat. Pada kelajuan 50 kmj, kereta akan bergerak sejauh 30 meter manakala mata pemandu teralih keluar dari jalan selama dua saat, pada 120 kmj di lebuh raya, jarak itu akan meningkat hingga lebih dari 60 meter dan istilah tepat untuk situasi ini adalah ‘memandu buta’.

Paparan kereta dengan maklum balas haptik membolehkan operasi lebih mudah, sebagai contoh fungsi radio dan telefon lebih pantas, mudah dan yang paling penting, selamat. Kekunci yang dipaparkan pada skrin sentuh terasa seperti butang yang sebenar. Paparan haptik membolehkan pengguna melaras kelantangan bunyi menggunakan kawalan gelongsor sebenar. Ini membolehkan pemandu untuk lebih fokus kepada jalan raya lebih lama.

Dalam kereta pengeluaran semasa, 5, 10 atau sebanyak 15 unit kawalan elektronik menjana paparan dan peranti elektronik. Lebih kuasa pemprosesan diperlukan untuk menunjukkan koordinasi maklumat pada semua paparan. Pada masa akan datang, Bosch akan menjana seluruh HMI melalui komputer kokpit dan akan menggabungkan lebih banyak fungsi dalam satu pemproses pusat tunggal. Ia membolehkan penumpuan dan penyegerakan pada sistem infotaimen, kelompok instrumen dan lain-lain paparan supaya apa-apa maklumat yang diberikan dapat diatur, diurus, dan ditampilkan di mana sahaja di dalam kenderaan pada bila-bila masa.

Selain itu, mengurangkan jumlah unit kawalan juga memberikan lebih ruang untuk pemasangan, mengurangkan berat kenderaan dan memendekkan masa pembangunan kenderaan baharu. Dan, pada masa akan datang, kemas kini yang lebih canggih akan memastikan komputer kokpit dan keseluruhan HMI sentiasa ‘terkini’ menerusi proses mudah yang sama pada telefon pintar.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply