ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia jual 109,511 unit kenderaan pada 2017 – Catat rekod tertinggi dalam sejarah

Views

Honda Malaysia Sdn. Bhd. baharu sahaja mengumumkan keputusan yang sangat memberangsangkan pada tahun 2017. Syarikat tersebut telah merekodkan jumlah jualan sebanyak 109,511 unit kenderaan pada tahun lalu dan merupakan yang tertinggi sejak ia ditubuhkan pada 2003. Ini juga kali pertama Honda Malaysia berjaya melepasi angka 100,000 unit dan ia juga angka jualan yang paling tinggi pernah dicatatkan oleh jenama bukan-nasional di Malaysia.

Kawasan Tengah menyumbang peratusan jualan tertinggi sebanyak 47 peratus, diikuti oleh kawasan Selatan dan Utara. Jualan keseluruhan untuk tahun 2017 meningkat 19 peratus berbanding 91,830 unit yang direkodkan pada 2016. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Toichi Ishiyama berkata, pada permulaan 2017 syarikat telah mencabar diri untuk melepasi sasaran 100,000 unit dan pada bulan Mac 2017, mereka telah mencatat sejarah dengan pengeluaran ke 600,000 unit (CKD) dalam masa 14 tahun beroperasi.

Pada penghujung 2017, berdasarkan pada data dalaman perkongsian pasaran berada pada 19 peratus, peningkatan 3.2 mata dari tahun 2016. Buat pertama kalinya Honda Malaysia berjaya melepasi angka jualan 100,000 unit dalam masa setahun dan akan terus mengekalkan posisi nombor satu untuk segmen bukan-nasional dan kedua keseluruhan Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) dalam industri automotif.

Honda Malaysia merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pelanggan kerana keyakinan dan kepercayaan kepada jenama tersebut, sekaligus menjadikan Honda kenderaan pilihan mereka. Pencapaian ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan pelanggan dan juga rakan niaga serta kerajaan Malaysia. Untuk 2018, Honda Malaysia kini bersedia untuk menjadikannya tahun yang lebih cemerlang dengan pelbagai produk menarik dan perkhidmatan telah dirancang.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply