Masih ingat lagi tak dengan foto risikan prototaip sebuah Preve yang diubahsuai menjadi pikap yang kami naikkan pada awal bulan ini? Kali ini beberapa foto prototaip sebuah Ute atau pikap yang diubahsuai dari Proton Preve telah dimuat naik ke akaun laman sosial Facebook beberapa hari yang lalu.
Yang menariknya, model ini merupakan Ute ciptaan Malaysia yang dibina oleh Bufori bukan dibuat oleh Proton. Bufori merupakan pengeluar kereta sport dengan berkonsepkan rekaan vintaj yang mempunyai kilang pengeluaran di Kepong.
Model ini telah diubahsuai dari sebuah sedan empat pintu dan bertukar menjadi Ute dua pintu. Ruang dalaman Preve masih dikekalkan namun tombol gear telah digantikan dengan butang transmisi yang nampak lebih canggih. Kesemua modifikasi ini telah dibuat sepenuhnya oleh Bufori.
Sebelum ini kami pernah mendengar cerita berkenaan sebuah projek pikap atau Ute yang diusahakan oleh mantan Pengerusi Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara rahsia dengan Bufori. Namun ketika itu informasi yang kami perolehi agak terhad dan sumber tersebut hanya memberitahu kami Bufori mampu menghasilkan Ute tersebut dengan kos yang lebih rendah.
Nampaknya memang wujudlah model ini sebenarnya. Model Ute ini dikatakan dibuat khas untuk kegunaan Tun Dr. Mahathir Mohamad, patutlah beliau pun ada dalam foto ini. Adakah model ini bakal dikeluarkan pada masa akan datang dalam skala massa atau hanya sekadar prototaip semata-mata? Kami akan cuba merisik maklumat lebih lanjut berkenaan projek ini, tunggu!
KLIK UNTUK BESARKAN
electronic parking brake tu.. nice
Harap ada Hill Hold Assist bila pakai EPB ni…
Sekarang aku lebih faham kenapa Proton keliru dengan hala tuju sendiri semasa Tun jadi Presiden/Penasihat….
Haha…betul bro.harap lepas ni clear balik la halatuju tu kan
Perasan tak ada Iriz putih kat belakang tu. Model ni Bufori nak buat apa pula?
cuba buar pre-order. kalau cecah target, proceed je lah
Gearbox menarik. Cam evora
Mmm… bahagian depan preve yg ‘tebal’ mmg sesuai utk ditransform menjadi model ute nie. Cuma bahagian lampu blakang kena design mcm kenderaan ute konsep prootn sebelum nie tu. Lampu blakang kena tersembul keluar n nampak tough:) Nie sekadar prototype jer kot. Kalau prootn nk buat replacement, tak tau la bila tu.. itu pun mgkin selepas kuar model persona, saga, model jv suzuki, exora replacement then baru la model ute nie:)
Cheers!