ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hentian sebelah Lanchang ditutup selama lima bulan

Views

ANIH Berhad, pemegang konsesi bagi komponen Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), akan menjalankan kerja menaiktaraf di Hentian Sebelah Lanchang (kedua-dua arah) selama lima bulan, mulai 25 Julai 2016.

Kerja-kerja menaiktaraf membabitkan kerja pembinaan tandas baharu, pembinaan laluan pejalan kaki serta menambah baik landskap. Sehubungan itu, fasiliti sedia ada seperti surau, tandas, gerai buah-buahan dan kemudahan parkir di kedua-dua hentian sebelah terbabit akan ditutup sepenuhnya kepada pengguna bagi membolehkan kerja-kerja menaiktaraf dijalankan.

Justeru, ANIH Berhad ingin menasihati pengguna untuk menggunakan alternatif lain bagi menikmati kemudahan yang disediakan iaitu di:-

1. Dari Kuantan – Hentian Sebelah Maran
– R&R Temerloh
2. Dari Kuala Lumpur – R&R Temerloh

Pengguna dinasihatkan untuk mengikuti akaun laman sosial LPT seperti Facebook Lebuhraya Pantai Timur dan laman Twitter @LPTTrafik bagi mengumumkan status dan keadaan terkini untuk merancang perjalanan. Mesej akan turut di paparkan menerusi papan tanda elektronik (VMS) di sepanjang lebuh raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

logo_anih logo_lpt

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply