Sekeping foto Preve yang telah diubahsuai menjadi pikap@jumbuck telah dikongsikan oleh Haikal Hazri di laman Facebook kami minggu lalu. Tidak dipastikan di mana lokasi penemuan model tersebut. Adakah Proton kini sedang mempersiapkan trak pikap terbaharunya?
Mungkin juga Preve versi pikap@jumbuck ini adalah mule pertama sebelum prototaip sebenar keluar untuk diuji. Tahun lalu Proton telah mempertontonkan sebuah trak pikap konsep yang diubahsuai dari platform model Exora.
Kami pernah mendengar ura ura Proton akan mengeluarkan trak pikap menggunakan platform Exora dan bakal menggunakan enjin Petronas NE01. Jadi dengan penemuan model ini, bermakna projek tersebut sedang diteruskan dan mungkin bakal memasuki pasaran seawal tahun hadapan atau 2018.
Kami juga berharap Proton mengubah suai casis monocoque Exora sedia ada menjadi ladder frame kerana ia akan menjadikan trak pikap tersebut lebih gagah dan lasak. Jika tidak agar sukar untuk bersaing dengan trak pikap sejati yang telah pun terbukti gagah dan lasak seperti Ford Ranger, Toyota Hilux, Mitsubisi Triton dan Nissan Navara.
where is suprima turbo 6 speed
Ladder frame goyang kuat. Org belakang muntah nanti.
Jumbuck takde org belakang, 2 seater je.. ladder frame utk angkat barang
nice n clean ‘photoshop’ed…ramai tertipu…malang sungguh
Kesian.. Nak buat pandai kata photoshoped… Tp??? Kah kah kah
heheheheh…….. ale Ute