ARKIB

KATEGORI

Tular

Bukan tanah runtuh di Terowong Genting Sempah

Tular

Views

Polis menafikan berlaku tanah runtuh di pintu masuk ke Terowong Genting Sempah seperti dipaparkan dalam sebuah video yang tular.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, video itu tular di media sosial sejak semalam dan dipercayai kejadian tanah runtuh tersebut berlaku di luar negara.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

“Rakaman dalam video itu tidak berlaku di kawasan Genting dan saya pernah melihat video tersebut sebelum ini.

“Kalau dilihat Terowong Genting Sempah memang jelas di pintu masuk dan keluar laluan kenderaan terpampang gambar Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah),” katanya ketika dihubungi malam ini.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Zaiham berkata, sekiranya ia berlaku di Genting Sempah, sudah pasti ada kenyataan rasmi segera yang dikeluarkan oleh polis atau pihak konsesi lebuh raya.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial yang berdurasi 50 saat memaparkan berlaku tanah runtuh di hadapan pintu masuk sebuah terowong laluan kenderaan. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply