Menjelang pelancarannya pada 28 November (Selasa minggu depan), kelibat treler pengangkut yang membawa unit pameran model sedan terbaharu Proton, S70 berjaya dikesan oleh warganet bernama NamSoon Lawin.
Foto tersebut telah dikongsikan ke group Facebook paultan.org Automotive/Car Discussion Group sejak petang tadi. Tidak dipastikan ke manakah destinasi tujuannya, namun sudah tentu ia sedang menuju ke bilik pameran Proton.
Kita dapat melihat beberapa warna Proton S70 di atas treler tersebut, antaranya warna baharu Teal Bayou Green (Metalik), selain warna sedia ada seperti Snow White (Solid) dan juga Quartz Black (Metalik).
JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran
Seperti yang telah diketahui sebelum ini, Proton S70 akan didatangkan dengan tujuh pilihan warna. Selain tiga warna yang dinyatakan tadi, selebihnya adalah Marine Blue (Metalik), Armour Silver (Metalik), Space Grey (Metalik) dan Passion Red (Solid).
Proton S70 ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu:
- 1.5T Executive
- 1.5T Premium
- 1.5T Flagship
- 1.5T Flagship X
Sedan segmen-C ini dijana oleh enjin 1.5 liter tiga-silinder dengan pengecas turbo yang dipadankan dengan transmisi dwicekam 7-kelajuan (7DCT) yang menghasilkan 150 PS dan 226 Nm daya kilas.
Model yang disebut-sebut sebagai pengganti kepada Prevé ini turut diberikan tiga mod pemanduan, iaitu Eco, Sport dan Comfort.
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?
Untuk membangunkan S70, Proton telah menghabiskan 260,000 jam bekerja bagi melengkapkan proses kejuruteraan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Model dengan namakod SS11 ini bukan sekadar ‘menukar lencana’ dan mengubah pemanduan dari sebelah kiri (LHD) ke sebelah kanan (RHD) semata-mata, kerana 453 komponen baharu telah dibangunkan semula, termasuk 283 komponen yang dihasilkan oleh pembekal (vendor) tempatan.
Sebanyak 24 komponen dihasilkan sendiri secara dalaman oleh Proton, 145 komponen ‘tercurai’ (knocked down), manakala enjinnya (GEP3) turut dihasilkan sendiri di kilang enjin Proton Powertrain di Tanjung Malim.
Nantikan pelancaran rasmi dan pengumuman harga S70 pada hari Selasa, 28 November jam 4:30 petang!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit NamSoon Lawin
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
KOMEN TERKINI