ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cabaran Shell FuelSave kini tiba di Lembah Klang!

Views

fuelsave

Cabaran Shell FuelSave bakal menanti warga Lembah Klang pada siri jelajahnya pada 23 dan 24 Ogos bertempat di New Wing One Utama Shopping Centre, Petaling Jaya. Cabaran tersebut telah bermula di Pulau Pinang pada 23 Jun 2013 di mana En.Phoon Kai Chiew dinobatkan sebagai Pemenang Wilayah Utara. Beliau menerima hadiah wang tunai RM 2,000 dan peluang untuk bersaing dalam Grand Finale dengan dua (2) bersaing pemenang Wilayah dari kawasan Tengah dan Selatan.

Ini merupakan tahun kelimanya memberi ganjaran kepada pemandu merasai pengalaman sebenar penjimatan bahan api dengan menjemput mereka untuk mengambil bahagian dan memenangi hadiah wang tunai menarik apabila mereka mempamerkan kepakaran mereka dalam menguasai Tips FuelSave Shell.

Untuk menyertai cabaran Shell FuelSave  tahun ini, pemandu berusia antara 24 tahun hingga 60 tahun, dengan sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman memandu layak mengambil bahagian pada siri jelajah Shell FuelSave di bandar-bandar seluruh negara dengan hanya menjawab beberapa soalan mudah dan melalui proses penyenaraian pendek. Selain itu, pemandu juga boleh menyertainya melalui lawan web www.shell.com.my.

Pemenang cabaran Shell FuelSave akan menerima hadiah wang tunai yang terdiri daripada :

· 1 x Juara Peringkat akhir : Hadiah bernilai RM20, 000

· 3 x 3 Pemenang Wilayah : Hadiah bernilai RM2000 setiap satu, nilai keseluruhan RM6000

· 9 x 3 hadiah Saguhati Wilayah bernilai RM300 setiap satu, nilai keseluruhan RM2700

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply