ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sah Accord bakal ganti Inspira dan Perdana Executive!

Views

Saya mendapat berita ini melalui rakan kita Zahidi melalui e-mail yang memberitahu Pekeliling/Surat Arahan Perbendaharaan untuk menggantikan Proton Inspira dan Perdana Executive dengan Honda Accord telah dikeluarkan 29hb Julai yang lalu. Jadi ini bermakna sah Accord akan menjadi kereta rasmi untuk kerajaan Malaysia. Butiran lengkap Pekeliling/Surat Arahan Perbendaharaan itu seperti lampiran di atas. Nampaknya Proton Perdana Executive akan diganti dengan Honda Accord 2.4l manakala Proton Inspira akan diganti dengan Honda Accord 2.0l.

Persoalannya sekarang adakah Honda Accord ini bakal menggunakan lambang Proton? Sama-sama kita nantikan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

40 Comments


  • X berbaloi betul tukar ngan accord 8th gen. Blan 9 ni accord bru launch kt msia. Unlesss rebadge to p1. Cme mcm membazir je replace inspira ngan accord 2.0 tunggu la smpai 5 taun bru replaced


  • Ok baru perasan penukaran secara berperingkat. Hmm last month bru smbang ngan service advisor honda. Die ckp lega 8th gen accord dh nk diganti ngan model bru. Agak bnyk masalah model 8th gen ni katanya.


  • Apekah ‘trade-off’ yg Govt dh deal dgn Honda sehingga boleh buat decision begitu? Inspira 2.0 baru je replaced Perdana, bazir pulak replaced dgn Honda, pastu apa benefit utk Proton?


  • @zer

    camry syarikat cina punya…accord syarikat melayu punya.hehe

    lagipun semua demi kepentingan proton juga memandangkan honda ada perjanjian dgn honda.


  • Surat genuine;
    http://www.treasury.gov.my/pekeliling/sap/sap2013-07-29.pdf

    Tapi mana ada dia mention 8th gen ke 9th gen. Kalau masuk yang 9th gen, sure guna yang tu. Lagipun Honda Accord ni pemasangan tempatan, pasang kat Melaka. Yang tak boleh kereta import. Sebab tu kereta kerajaan selain Proton, ada Kia Pregio (pasang di Gurun), Toyota Innova (pasang di Shah Alam), Nissan X-Trail (pasang di Serendah) , Inokom Santa Fe (pasang di Kulim), Toyota Camry Penang (pasang di Shah Alam), Mercedes Terengganu (Pasang di Pekan).


  • Nak kata membazir tak juga,,,dalam gov, masalah yg selalu timbul ialah masalah kos penyelenggaraan. Beli aset, ada peruntukan one-off. Tapi nak jaga aset kena ada peruntukan dasar baru. Dasar baru nilah yg akan makan duit setiap bulan, setiap tahun..

    Saya percaya, Honda Accord ini nanti dibeli dgn tiada cukai. Jadi akan ada sedikit penjimatan masa pembelian.

    Bila pegawai2 tu bersara, kereta tu dapat kat diorang…


  • Kenapa Peugeot 508 tak boleh digunakan padahal kilang ade je kat Gurun.
    Hari tu Kerajaan Selangor ada guna Ssyangyong Musso….tapi susah cr barang ganti, terpaksa tukar pakai X-Trail. CRV Nampak excutive…tak boleh masuk selut.


  • Hmmm…. Semua kenderaan kerajaan di bekal oleh syarikat Spanco Sdn. Bhd. secara pajakan. Nampak gaya memang tak der Perdana Replacement Model lah tu….


  • @gusto..

    Spanco sewakan kereta secara pajakan konsesi kepada kerajaan. Kalau sekarang, mana-mana organisasi kerajaan boleh beli je kereta apa yg diorang nak, mengikut keperluan operasi jabatan masing2.

    Dalam topik Honda Accord ni, ni ialah kereta untuk pegawai pengurusan tertinggi dan pertengahan, Jusa C keatas…


  • Korang ni tak baca habis nih…inspira akan tukar bila tempoh sewa dah abes…aduhai.

    Gov ada agreement sewa keter degn company tuh, so bila dah abes haul, depa tukar la accord.

    Gen 8 ka gen 9 ka tak kisah. Sefahaman aku, dia akan ikut model yg dijual dipasaran.

    Kalau gen 9 klua tahun ini, depa akanbagi gen 9.

    Walaupun 2.4l tuh mcm gen 8, contract sewa selalu akan refresh model yg baru.

    Gila apa nk bagi sewa model lama. Kalau brg tadak tak rugi sykt sewa.


  • 1. Pajakan dengan SPANCO adalah untuk 72 bulan.
    2. Biasanya bila dekat nak tamat tempoh pajakan ni, SPANCO offer kepada pemilik (JUSA ke atas ni) untuk tender beli kereta tu. (Harga cukup2 rendah)
    3. Maknanya penggantian dengan Honda ni hanya akan berlaku jika Perdana/Inspira yang sedang digunakan ni cukup 6 tahun la. Itulah cerita dia.
    4. Inspira yang baru setahun dua takdelah terus tukar.


  • Aku ingat dulu ramai yg komen tak ingat dunia bila Proton rebatch Lancer (inspira). Skrg ni going for Honda. Tk kesah la apa alasan sekalipon, Proton seolah mengulangi benda yg sama..


  • rasanya
    – kenapa proton rebadge model segmen D
    dah ada saudara-saudara kita jawab dan terangkan….

    brapa kali nak ulang..

    cuba saudara. yg musykil tengok topik yg terdahulu..


  • i really don’t agree with this. inspira is a good car, y need to waste money??? all high rangking govt. official shud just use inspira. this is really sad govt. also don’t support national product. rakyat also no need lah support proton.


  • Rakyat diminta oleh Kerajaan support PROTON, tiba2 pihak atasan Kerajaan dan perbendaharaan negara tak selari dengan dasar ini, pelik jugak fikir logiknya.. apakah justifikasi utama mereka pilih Honda? Apa masalahnya dgn Proton Inspira?


  • cakap tak serupa bikin, preve kan ada, kalau nak, jadikan saiz panjang sikit.executive kan dia. Inspira tu pakai la smpi 7 tahun. pas tu ganti ngan proton jugak.Apa jadi dgn exora prime? rakyat jugaklah yang pakai. selera masing2 katakan. ish… ish…


  • Proton Suprima – betul ke akan wujud? Atau ini sbrnya yg dimaksudkan ‘Honda’ utk Kerajaan?

    Proton filed for a trademark for the name ‘Proton Suprima’ with the Intellectual Property Corporation of Malaysia (MyIPO) back in January 2013, as eagle-eyed reader Ooi pointed out to us. Is this the name forProton’s new Perdana replacement model? The name certainly sounds apt – the name Suprima is clearly derived from the word supreme, which is befitting for a flagship car.
    The latest word around the block is that Proton will be using the Honda Accord chassis as a base to develop the new Perdana Replacement Model. With the new Honda Accord just around the corner (it has already been launched in Thailand), it would not be surprising if the deal could be to use the Honda Accord model currently on sale in Malaysia to develop the new Proton Suprima.

    dan registration MyIPO atas nama (PROTON SUPRIMA , Type of Mark : STYLIZED) ????

    http://4.bp.blogspot.com/-teynVj_9dEM/UfwHizMJoMI/AAAAAAAAQVA/10ao2b7jAz4/s1600/image.png

    Ade sape2 tahu tk hal nih?


  • Trade off yg kerajaan kene buat utk dpt investment dr honda ialah dgn membeli/sewa keta honda sbg kenderaan rasmi…gov xde benda lain nak trade..kalo xde excise duti pun xkan mampu lawan thai sbb kat sana kos rendah dr raw material sampai labor force…tgk gaji pun da tau kalo thai kurang lebih rm400…kat cni rm900 (kalo team lg satu menang rm1200 lg truk)


  • Tun m mengilhamkan negara industri agar rakyat dpt berubah dr berpendapatan rendah kepada berpendapatan tinggi..tp malang nye ade yg x bersetuju kalau pekerja kilang dibayar 1200?pelik tp benar.mgkn kite selesa dgn gaji degree 3,4k sehingga merasakan pekerja bawahan hanye layak mendapat 400 sebulan agar ramai pelabur masuk ke negara kite.kalau mcm tu,sia-sia usaha tun m kerana negara industri yg di ilhamkan oleh beliau hanye menguntungkan org luar sedangkan rakyat sendiri memerlukan br1m untuk menyara hidup..


  • Ye betul sy lg suke lg tggi tp jgn la harap company luar nak invest byk. Company local pun susah nak bg naik gaji… mcm sy gaji taun ni xnaik yg naik bangla dr rm500 jd rm900 adil ker? Kate la ttiba ade yg lompat so ade gov baru..gaji bangla naik jd rm1200..mcmane dgn sy? kalo bangla naik rm900 xdpt bg? Adil ker..tp kalo dibagi pilihan if bro org biz mane yg bro pilih

Leave a Reply